Melihat jarum meter petrol kereta sudah mencecah ke garisan E, Bapak membelok memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Silibin.
Sebenarnya sudah lama Bapak tidak mengisi petrol di stesen minyak tersebut, kali terakhir lebih enam bulan lalu.
Dulu pekerja dari penjaga kuanter, pembantu pam hingga ke tukang cuci semuanya warga negara Vietnam, sampaikan Bapak ingatkan stesen minyak itu sudah dibeli kumpulan pekerja asing Vietnam terbabit. Mujur pemiliknya masih orang tempatan.
Kunjungan kali ini Bapak mendapati kelibat semua pekerja asing warga Vietnam itu sudah tiada. Kuanternya juga dijaga oleh seorang penduduk tempatan.
Sambil petrol di isi ke dalam tangki kereta, Bapak cuba beramah mesra dengan seorang pembantu pam kaum India yang tekun bekerja.
"Dulu ramai Vietnam kerja sini, mana mereka pergi?," tanya Bapak kepadanya.
"Permit mereka sudah tamat; sudah balik negara asal." balas pembantu pam itu.
"Baguslah, biar kasi orang tempatan bekerja," tambah Bapak.
Pembantu pam itu cuma tersengih...Tak lama kemudian Bapak perasan tanda nama yang tersemat di baju Tnya...apasal nama dia pelik...
"You...You Bangladesh ka?," tanya Bapak teragak-agak.
Dia cuma mengangguk menjawab pertanyaan Bapak.
Alamak, patutlah dia tersenyum kambing je tadi; mati-mati Bapak ingatkan dia orang tempatan, pasal rupanya dan pertuturannya takde pesen orang Bangla.
Cepat-cepat Bapak mengubah topik.
"Ok kerja sini? Berapa gaji, RM5 sejam ke?"
Sebaik sahaja soalan itu ditanya, pembantu pam India 'celup' itu mula menceritakan keluhannya.
"Mana ada RM5, RM2.50 sejam sahaja, itupun tauke selalu potong....bla...bla...," gomelnya.
Mujur petrol sudah penuh diisi. Bapak cepat-cepat masuk kereta dan menghidupkan enjin lalu meninggalkan stesen minyak tersebut. Tak perlu lagi dengar gomelannya...heheh...
RM2.50 sejam.. kalau dia kerja 8 jam sehari tanpa OT, sehari dapat RM20. Sebulan kalau dia kerja tanpa cuti, dapat RM600.
Kalau convert dengan mata wang Bangladesh; Taka, nilainya BDT 13,293.01...heheh.... (RM1 = BDT 22.1550)
Orang tempatan tak hendak agaknya kerja sebagai pembantu pam minyak...tak ada standard..hehhe..Tapi dari menganggur baiklah kerja..ada juga pendapatan walaupun sikit.
ReplyDeleteSelepas STPM pernah bekerja di stesen minyak petronas kepong...gaji agak lumayan dan seronok kerja masa tu...masa tu tak de pekerja asing lagi kecuali dari Indonesia...kemudian mula sistem layan diri dan mula la episod kebanjiran pekerja vietnam dan bangla...mmg kerja ni tak glamer bagi orang yg mementingkannya...
ReplyDeleteKak Tirana,
ReplyDeletekat Ipoh ni ramai jugak pembantu pam minyak orang kita...
Bapak sebenarnya kurang setuju orang kita memilih sangat kerja, mungkin ada tapi bukan majoriti..
selain terperangkap dengan budaya ahli keluarga terdekat yg kurang menyokong kalau seseorang itu bekerja yg x setaraf dengan kelulusan (walaupun halal), masalah lebih kerana sikap majikan (bukan semua) yang lebih kapitalis walaupun Malaysia mengamalkan sistem ekonomi bercampur.
DUN,
ReplyDeletemaksudnya kebanjiran pembantu pam Vietnam & Bangla ni bermula pada 1993 la kan?
glamer tak glamer, mesti macam2 kereta dari sekecil-kecil hingga semewah-mewah DUN pernah servicekan? heheh...
Dari zaman saya duk situ
ReplyDeletememang ramai warga asing .
Kak Linda,
ReplyDeleteeh, cam tahu je stesen minyak gerangan...heheh...
hmm, veitnam & bangla... lpas ni bangsa apa pulak? Indon x bleh, dah la suke bakar bendera, kang di bakar stesen minyak.. haruu-seharu-harunnn salim bachik..
ReplyDeleteAbg Berba.. (MU 3-0 West Ham)
Anon,
ReplyDeletex perlu kasi permit kerja kt pendatang asing semata-mata nak jadi pembantu pam. kalau benarlah orang tempatan x nak kerja tu, biar kita tuang petrol sendiri, bukan susah pun...heheh..
p/s : Abang Berba? wah dapat pujian melambung mamat ni skrg, dulu bukan main kena kutuk, suruh blahla, buang duit beli mahal2 la...camne Bebe? heheh...