Translate

Sahabat Bapak

Thursday, April 29, 2010

Nasi Kandar oh Nasi Kandar...

Di Ipoh, restoran dan kedai makan yang mudah didapati ialah restoran mamak. Kalau tak biasa dengan selok-belok Ipoh, memang payah nak cari kedai makan Melayu terutamanya pada siang hari.

Bapak masa mula-mula sampai Ipoh kira-kira empat tahun dulu, boleh dikatakan hari-hari makan nasi kandar terutamanya untuk makan tengah hari.

Apa nak buat, sekurang-kurang ada empat restoran terdekat dengan opis Bapak; ke sana dengan berjalan kaki sahaja.

Kalau nak kedai makan lain, kena berkereta. Itu yang payah kerana susah nak cari parking kereta yang selalunya penuh. Apabila sudah dapat dinasihatkan jangan keluar sebelum habis waktu bekerja kecuali ada urusan penting.

Kalau tidak, ruang letak kereta itu diambil orang lain. Terpaksa kita cari lain yang biasanya susah nak dapat. Mahu tak mahu kena parking ikut suka yang biasanya cekap dihidu penguatkuasa MBI untuk menyaman...

Berbalik dengan topik asal, akhirnya Bapak naik muak makan nasi kandar. Alhamdulillah sejak berkahwin hampir dua tahun lalu, makan minum Bapak lebih terjaga..hheheh...

Beberapa hari lalu Bapak terkejut apabila Orang Rumah Bapak memberitahu teringin nak makan nasi kandar. Sebab sayangkan isteri, Bapak layan jugak. Orang Rumah Bapak dan Khalish di bawa ke Restoran Vaggey selepas Maghrib.

Bukan restoran Vaggey yang terkenal di Jalan Yang Kalsom tu tapi cawangannya di Greentown yang turut beroperasi pada waktu malam.

Sambil Orang Rumah Bapak pergi ke kaunter untuk memilih lauk, Bapak yang meletakkan Khalish di kerusi bayi cuma memesan roti nan cheese. Tak lama kemudian, Orang Rumah Bapak menatang pinggan berisi nasi dan lauk dengan muka masam.

Orang Rumah Bapak (ORB) : Nasi kandar tu nasi putih ke? Kita tak selera nak makan nasi putih.

Bapak : Eh? walaupun cara masak lain, nasi kandar tetap nasi putih...(memandang ORB dengan pelik..)
ORB : la silap ingat nasi kandar tu nasi yang warna-warni tu. Dah lama tak makan...kita tukar ambil nasi beriani la pulak...

Biar betul Orang Rumah Bapak ni... takkan nasi kandar pun tak kenal..harap muka cam Pakistan...hhehehe...

10 comments:

  1. nampak mcm menarik restoran vanggey ni..

    ReplyDelete
  2. hehehe...nasi kandar tu sebenarnya nasi putih tapi dulu2 tak dak restoren, orang yang jual nasik tu guna kandar ke hulu ke hilir cari pelanggan.. Bila dah ada restoren, tak main dah la kandar mengandar tapi nama tu kekal.

    ReplyDelete
  3. Abu Aiman,

    dah moden, kat Greentown..

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,

    ha..dengar tu Orang Rumah Bapak...heheheh

    ReplyDelete
  5. ahahahhaha...saya pun selalu gitu...dan hubby mesti gelak kaw2 je kalau saya kuar statment macam ORB...sebab tu kalau macam dah tersalah saya diam je...

    sampaila hubby yang tegur...eh..org nie slaah..baru saya pun iayakan dgn sungguh2...hihihhhi

    ReplyDelete
  6. Masa sekolah dulu, Green Town tu tempat ckLah joging...sambil intai rumah Jamal Abdillah...he..he..


    (seekarang semua dah lain....)

    ReplyDelete
  7. Nik,

    ala gurau2 mengeratkan hubungan suami isteri jer tu..heheh..

    ReplyDelete
  8. ckLah,

    dulu tu kawasan perumahan kakitangan kerajaan skrg sudah jadi pusat komersial...

    rumah keluarga Jamal Abdillah pun dah pindak kat Desa Perwira..heheh...

    ReplyDelete
  9. adeh! terus perut rasa lapar mau pekena nasi kandar.hihi

    ReplyDelete
  10. Mr Penyu,

    apa lagi, mari kita layan nasi kandar...hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails