
Sesudah Bapak hubungi Proton Edar Menglembu, Bapak diberi nombor telefon pegawai skuad Proton I Care, Azizi pula.
Azizi memberitahu masalah itu tak sukar diselesaikan dan setelah diberi nombor plat kereta Bapak dan lokasi kenderaan itu berada, beliau segera menuju ke situ.
Bapak pula meminta pertolongan kawan seopis, Najib untuk membawa Bapak ke lokasi kereta berada dari rumah.
Tak sampai 5 minit kunci kereta baru diterima dan enjin dapat dihidupkan... Bayaran yang dikenakan pula cuma RM61.80 tak termasuk upah membuat coding yang Azizi tu kata ikut seikhlas Bapak...
Kalau ikutkan Bapak nak kasi RM5 je (kata ikut ikhlas..heheh) tapi selepas dia kata biasanya RM20, akhirnya RM80 bertukar tangan.
"Ye ker? Saya ingat perkhidmatan Proton I Care untuk enjin breakdown, ganti bateri dan tunda kereta je. Lagipun masa tu dah lewat malam," balas Bapak.
Sampai di rumah, Orang Rumah Bapak yang diberitahu kagum dengan kos ganti kunci bercip yang cuma RM80 je.
"Dulu buat kat kedai kunci minta sampai beratus. Bukannya elok, jahanam juga," kata Orang Rumah Bapak mengingatkan peristiwa Bapak membuat kunci pendua kereta di sebuah kedai kunci kira-kira dua tahun lalu....
Hmmm....dah ada kereta, bab duit penyelenggaraannya pulak kena fikir ya bapak...
ReplyDeleteHehehhe...lima riggit seikhlas mungkin, memang ko nak carik pasal la...hahahaha
ReplyDeleteckLah,
ReplyDeletekos selenggara tu kos tersembunyi yg xleh elak apabila dah ada kenderaan...heheh
Daddy,
ReplyDeleteko bukan x tahu aku ni 'lurus' orangnye.heheh...