Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, August 3, 2010

Khalish sudah 'dapat' kaki

Khalish mula berjalan pada usia setahun dua bulan. Apabila sudah 'dapat' kaki, apa lagi semakin galak dia merayau, habis satu rumah di tawafnya...hehhe..

Tak cukup dengan itu, hampir setiap petang, Khalish akan mengetuk-ngetuk cermin sliding door sambil memegang kasutnya...meminta ibunya agar membawa dia bermain-main di laman dalam bahasa yang Khalish sendiri sahaja faham...hehheh...

Sebaik sahaja gerigi besi dibuka, Khalish akan meluru berlari menuju ke arah pagar. Setelah penat menggegar pagar, dia tawaf pula keliling laman rumah termasuk memijak rumput.
Semasa Khalish ralit tawaf laman rumah, dia macam dah tak kenal 'jalan pulang'. Pantang diajak masuk semula ke rumah, mesti meronta-ronta. Sesekali dia membaling kasutnya tanda protes. Mana boleh lama-lama nak, sejam cukuplah...

Sebenarnya, Khalish sudah boleh berdiri tegak semasa berusia 11 bulan dan bertatih sewaktu setahun. (Kami tidak pernah membeli baby walker untuk Khalish kerana mahu otot-ototnya berkoordinasi dengan sendiri, lagi penggunaan baby walker banyak kontra daripada pronya...)

Namun dia tak berapa yakin untuk melangkah. Bapak dan Orang Rumah Bapak sepakat untuk membeli activity walker. Melalui peralatan ini, bayi yang baru bertatih dapat menyakinkan diri untuk melangkah.

Hari pertama, walaupun masih takut-takut, Khalish teruja menyorong activity walker itu keliling ruang tamu.
Hari kedua, dia semakin yakin, sorongannya semakin laju dan siap boleh mengundur. Cuma tak wheelie dan wikang je..hahahha...

Hari ketiga, Khalish sudah boleh melangkah sendiri walaupun masih terhuyung-hayang.

Apabila sudah pandai berjalan sendiri, activity walker pun dilupakan begitu sahaja...habis madu, sepah dibuang...hehehe...

Itulah nasib activity walker yang cuma digunakan Khalish 3 hari sahaja. Apa nak buat, simpan untuk adik Khalish la nampaknya...heheh...

20 comments:

  1. Semakin besar, khalish semakin bijak dan semakin hensem...hehehe

    ReplyDelete
  2. penat la bapak nk melayan khalish cmni....mesti tak reti nk duduk diam kn hehehe....

    ReplyDelete
  3. hehehe... lepas ni penat main kejar-kejar la jawab nye...

    ReplyDelete
  4. Lepas nie sure die teruja time kuar jenjalan kan...

    ReplyDelete
  5. owh..really?..baru tau...
    takpe..boleh jual kalau dahtak pakai..

    ReplyDelete
  6. my princess will be a year old lg 4hari.. takut sguh dia nk berjalan.. gayat.. hehehe..

    bapak.. meh mummy sewa activity walker tu blh x.. utk sminggu dua.. ctc mummy 019-2543211 ek.. kalo blh.. serius nie

    ReplyDelete
  7. Salam Bapak! Lepas ni bolehlah Khalish ajak Bapak main bola kat padang pulak!hehehhe

    ReplyDelete
  8. wahh..dah dapat kaki .
    habislah kaki bapak
    penatlah ...
    hahaha


    ( n3 saya - ulangan citer tahun lepas ..sure bapak ingat . hehe )

    ReplyDelete
  9. Kak Tirana,

    Khalish bijak & hensem..ikut sapa la yer? hehehe...

    ReplyDelete
  10. Cik Panadol,

    memang Khalish x reti duduk diam...penat memang kadang2 penat tapi seronok!

    ReplyDelete
  11. Eja,

    setakat ni x kejar2 lagi cuma perhati dia buat lawatan sambil belajar x setiap ceruk...heheh

    ReplyDelete
  12. hazman,

    skrg ni memang Khalish dalam frasa teruja tuk berjalan2..hehe

    ReplyDelete
  13. Nik,

    x plan pun nak jual, simpan tuk adik Khalish...

    ReplyDelete
  14. Hot Mama,

    dah call kan ari tu..heheh...anyway hepi birthday 4 ur princess...

    ReplyDelete
  15. Kak Myza,

    main bola berdua saja ngan Khalish x best gak, kena tambah ahli ni..heheh

    ReplyDelete
  16. Kak Linda,

    biasalah, skrg time Bapak lalui fasa tu..heheh

    setiap kali Kak Linda cerita 'kenangan' tu, Bapak teringat lagu 'Gerimis Senja' by Sheila Majid..lirik cam ada kena-mengena la...

    ReplyDelete
  17. Bapak,
    Wah... rasa baru lagi Khalish ni lahir.. dah pandai jalan... emm ini kira info untuk diri sndiri juga.. tak sangka plak ada xtvt walker ek..

    simpan untuk adik ek.. hehehe

    ReplyDelete
  18. Ana,

    yup simpan tuk adik..heheh...

    ReplyDelete
  19. bawak khalish gie the gardens mid valley ekk?
    haha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails