Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, December 7, 2010

Jiran baru

Selama lebih dua tahun, Bapak sekeluarga berjiran dengan rumah yang tidak berpenghuni di sebelah kiri dan kanan.

Bukan kedua-dua rumah itu tidak mempunyai tidak mempunyai tuan tetapi pembeli tidak menetap di situ.

Di sebelah kanan milik seorang anggota polis bernama Hashim yang memilih untuk menetap di kuarters polis biarpun sudah membeli rumah sendiri. Mereka sekeluarga hanya menjenguk rumah itu sekejap-sekejap pada setiap hujung bulan.

Jiran sebelah kiri pula mencari rezeki di Singapura dan Bapak hanya berjumpa dengannya setahun sekali.

Namun beberapa bulan lalu, jiran Cina tersebut baru terbuka hati untuk menyewakan rumahnya. Masuklah pasangan suami isteri yang kedua-dua bekerjaya sebagai seorang pendidik di sekolah menengah berlainan di Ipoh ini.

Kedua-dua anak Azwan itu masih kecil dan yang bongsu hampir sebaya dengan Khalish. Sebelum ini mereka menetap bersama di rumah mertua Azwan di Gugusan Manjoi.

Kemudian menyusul pula Abang Hashim membuat keputusan untuk menetap di rumahnya sendiri mulai Sabtu lalu. Hari ini beliau sekeluarga membuat kenduri masuk rumah.
Selain bacaan Yasin dan doa selamat, anak bongsu Abang Hashim iaitu anak lelaki tunggalnya turut dikhatankan pada hari ini.

Sebagai jiran Bapak hadir dan bersyukur mendapat jiran. Orang Rumah Bapak dan Khalish di kampung pun mesti suka.

Tak perlu Orang Rumah Bapak bimbang bersendirian lagi apabila Bapak balik lewat atau kursus biarpun tugasan luar daerah seperti dulu-dulu. Khalish pun seronok dapat ramai kawan baru..heheh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails