Translate

Sahabat Bapak

Thursday, December 9, 2010

Kalaulah kejadian manusia seperti Scarlet Ibis

Semalam Zoo Taiping mengumumkan kelahiran seekor anak burung air dari spesies Scarlet Ibis.

Menurut Pengarah Zoo Taiping, Dr. Kelvin Lazarus, itu satu-satunya telur Scarlet Ibis yang berjaya menetas di zoo tersebut.

Ia hanya disedari kira-kira dua minggu lalu apabila anak burung air yang berasal dari Amerika Selatan dan Kepulauan Caribbean itu sudah ada di dalam sarang sebuah pokok di kandang 'Warna Amazon' di Zoo Taiping.

Bila Scarlet Ibis itu bertelur dan tarikh menetas tidak diketahui dengan pasti. Kata Kelvin, gerangan induk anak burung air itu juga sedang dikenalpasti menerusi ujian DNA.
Setakat ini Zoo Taiping mempunyai 12 ekor Scarlet Ibis termasuk anak burung yang baru menetas itu. 9 daripadanya baru ditempatkan di zoo terbabit kira-kira 4 bulan lalu setelah diperolehi menerusi program pertukaran haiwan untuk pembiakan dan konservasi.

Burung Scarlet Ibis berkenaan ditukarkan dengan rusa bintik.

Bulu Scarlet Ibis berwarna merah kejinggaan. Menariknya di habitat asalnya, pigmen merah kejinggaan itu diperolehi dari makanan ruginya, ketam kecil merah.
Warna merah pada kulit ketam kecil merah diekstrak semasa proses penghadaman lalu menjadikan bulu burung air tersebut kekal merah kejinggaan.

Jika kurang memakan ketam kecil merah, pigmen merah kurang diekstrak lalu menukarkan bulu Scarlet Ibis kepada putih secara beransur-ansur.

Sehubungan itu, oleh kerana ketam kecil merah sukar diperolehi di negara ini, pengurusan Zoo Taiping memberi Scarlet Ibis peliharaan memakan palet yang mempunyai pigmen merah.

Bayangkan manusia juga mempunyai kelebihan yang dimikili burung air itu? Rasanya habis tak laku barangan komestik terutamanya krim pencerah dan pemutih di pasaran..heheh...

Tapi apakah makanan yang sesuai untuk diekstrak warnyanya? Kapur kah? hheheh...

8 comments:

  1. nak kaler hijau... nampak mcm incredible hulk... hahaha

    ReplyDelete
  2. makan putih telur banyak2....heheh..biar mulus dan putih macam putih telur..ecewaaahh

    ReplyDelete
  3. Ada kawan orang rumah saya, masa mengandung hari2 minum soya bean, katanya nak bagi anak jadi putih, hehe.

    ReplyDelete
  4. Maria,

    Incredible hulk? ganasnye impian..hhahah...

    ReplyDelete
  5. Nik Hakimah,

    kalau ikutkan putih telur warnanya jernih, pas masak baru putih...hehehe

    ReplyDelete
  6. Abu Aiman,

    Bapak pun dengar cam tu, tak tahu mitos ker fakta...masa ngandung Khalish dulu, memacam Orang Rumah Bapak suka minum dari soya beans, milo hingga ke kopi, apabila kuar x pulak campur2 warna kulit Khalish...heheheh

    ReplyDelete
  7. kat pulau chrismast byk ketam merah tu..

    ReplyDelete
  8. Hamizah,

    teringin tengok ketam merah ni secara live...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails