Translate

Sahabat Bapak

Sunday, December 12, 2010

Kelantan juara Piala Emas Raja-Raja 2010

Kelantan muncul juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 menewaskan Kedah dalam penentuan penalti semalam.

Berbanding baru pertama kali memenangi Piala Malaysia baru-baru ini, ini kejuaraan ke-14 buat Kelantan dalam Piala Emas Raja-Raja. Pasukan Pantai Timur ini mula merangkul piala tersebut pada 1957.

Malah dalam tempoh enam tahun semenjak 2005, Kelantan berjaya melangkah lima kali ke perlawanan akhir dan menang empat daripadanya.

Sejarah Piala Emas Raja-Raja bermula apabila Prince of Wales pada masa itu melawat tanah jajahan British di sebelah Timur termasuk Tanah Melayu dan Singapura pada 1922.

Sebagai meraikan kedatangan kerabat diraja British yang bertaraf Raja Muda itu, pelbagai acara diadakan termasuk pertandingan bola sepak melibatkan negeri-negeri Melayu.

Sebanyak 10 negeri Melayu termasuk Singapura terlibat. Begitupun Pahang dan Perlis tidak menghantar penyertaan. Kejuaraan pertama milik Kedah yang menewaskan Johor pada perlawanan akhir.

Kejayaan menganjurkan kejohanan bola sepak itu memberi ilham kepada Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA) untuk menganjurkan pertandingan bola sepak melibatkan empat Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1923.

Bagaimanapun Pahang tetap tidak menghantar wakil dan piala yang disumbang oleh empat sultan negeri-negeri tersebut dibolot Selangor selama tiga tahun berturut-turut.

Pada 1926, empat sultan terbabit menghadiahkan sebuah piala yang dinamakan Piala Emas Raja-Raja dan melibatkan semua negeri-negeri Melayu termasuk Singapura anjuran MAHA.

Edisi awal Piala Emas Raja-Raja cuma dianjurkan sebanyak lima kali iaitu 1926, 1927, 1930, 1935 dan 1938 dan juara pertamanya ialah Selangor.

Selepas Perang Dunia kedua, piala tersebut dihidupkan semula oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (kini Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia) pada 1947.

Semua negeri pernah menjuarai Piala Emas Raja-Raja kecuali Melaka. Begitupun negeri Hang Tuah itu pernah sekali melangkah ke perlawanan akhir pada 1999 tapi tewas di tangan Tentera.

Tentera merupakan satu-satunya pasukan bukan negeri yang pernah merangkul piala itu sebanyak dua kali iatu pada 1984 dan 1999.

Oleh kerana antara tujuan untuk mencungkil bakat baru terutama di kalangan Melayu, setiap pasukan dibenarkan mendaftar lima pemain Liga Malaysia sahaja, sama ada Liga Super dan Liga Perdana dan hanya tiga daripada pemain itu dibenar diturunkan dalam satu-satu perlawanan.

2 comments:

  1. Hamizah,

    tak...bergewe ngan org klate pun x pernah...heheh..

    Bapak org Perak yang dibesarkan di Selangor, mendapat pelajaran di Kuala Lumpur & kembali berkhidmat di Perak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails