Translate

Sahabat Bapak

Friday, November 20, 2009

Petting Zoo LWOT

Semalam Bapak berkesempatan membawa Orang Rumah Bapak dan Khalish ke Lost World of Tambun (LWOT) yang sebenarnya tak jauh dari rumah kami.

Sebenarnya pada pertengahan tahun ini, Bapak diberi beberapa tiket percuma oleh pengurusan taman tema tersebut. Namun pada masa itu Khalish baru lahir dan Orang Rumah Bapak dalam pantang.

Oleh itu tunggu hingga akhir tahun baru dapat bersantai di sana, lagipun sekarang Khalish sudah berusia 6 bulan.

Kami tak teruja sangat untuk bermandi-manda tetapi mahu mengenalkan kepada Khalish kepada haiwan, salah satu tarikan yang ada di LWOT.

Kebetulan sejak pertengahan September lalu, taman tema ini telah memperkenal produk terbarunya iaitu Petting Zoo.

Setelah membawa Khalish menziarah harimau Siberia dan beberapa ekor angsa yang garang, kami menuju ke Petting Zoo.

Mula-mula Khalish diperkenal dengan Rakun. Bapak beranikan diri memberi makan haiwan tersebut. (Seriau juga tengok taring giginya yang tajam tapi Rakun tu bijak makan pallet saja, tak kokak tapak tangan Bapak...hehhe)

Selepas itu kami melawat pelbagai haiwan lain yang terdapat di zoo tersebut. Ada yang Khalish teruja, terkejut, suka dan ada juga yang buat-buat tak tahu saja. Akhir sekali dia tertidur.

Bapak yang lebih-lebih. Hampir semua binatang yang ada di situ Bapak kasi makan.

Antara yang paling tak dapat dilupa, kelibat dua ekor kambing Afrika yang rakus..heheh

Asalnya, Bapak niat nak bagi makan rusa ekor putih tapi dua ekor kambing Afrika ni meluru dulu. Punyalah rakus sampai baju Bapak nak dimakannya, punggung Bapak juga disondolnya..heheheh

Orang Rumah Bapak awal-awal lagi dah bawa Khalish lari. Nasib baik ada seorang pekerja zoo terbabit dapat mengawal disiplin kedua-dua kambing tersebut...heheh
Seronok tengok prairie dog (sejenis spesies tupai tanah asal Amerika Selatan) berdiri sambil menjerit apabila penjaganya menyebut perkataan 'Wee'. Bila Bapak dan Orang Rumah Bapak sebut ' Wee' mampus tak dilayannya..hehehh

10 comments:

  1. Khalish dah mula keluar tengok dunia ye..hehehe..bagus bagi exposure awal-awal begitu. Kita nampak macam dia tak tahu apa-apa tapi sebenarnya otak khalish menyerap maklumat dan ia akan tersimpan sehinggalah sampai masanya maklumat itu akan dikeluarkan semula

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,

    o, cam tue kak. terima kasih kerana info tu...teruja nak kasi exposure pengetahuan dan kemahiran baru..heheh

    ReplyDelete
  3. Macam best je tempat ni...nanti la ada kesempatan nk g sondol lak kambing afrika tu...

    ReplyDelete
  4. Dah besar ya
    khalis.....
    ckLah pergi tempat ni lepas anak sulung dpt result UPSR 5 tahun dulu....masa tu anak2 kecik lagi, memang enjoy kalau pergi tmpt mcm ni....sekarang mereka dh remaja, kena cari destinasi lain pulak...

    ReplyDelete
  5. DUN,

    tempat ni memang enjoy khususnya kalu bawak anak2 kecil.

    jaga2 kambing afrika tu, haiwan tu dah siap port kat pintu pagar kandang dia tunggu visitor kasi makanan...heheh

    ReplyDelete
  6. ckLah,

    bila anak dah besar remaja, masing2 ada citarasa percutian masing-masing, pening juga ibu bapa nk plankan? hehhe...

    sementara anak masih kecil ni, Bapak nak enjoy berjalan2 di tempat cam LWOT...heheh biar dia explore sesuatu yang baru pada setiap percutian

    ReplyDelete
  7. Baguslah tu Bapak...

    Sekarang ni, kalau nak ke mana-mana dan anak-anak tak berapa berkenan....alamatnya, jenuhlah menunggu mereka bersiap. Kalau plan nak berangkat pukul 8....pukul 10 belum tentu lagi boleh lepas! Terutama ke tempat majlis kawin saudara mara....Tapi kalau tempat yang mereka berhajat....zoooom saja!

    ReplyDelete
  8. ckLah,

    masa Bapak sebaya anak ckLah, Bapak pun cam tue! jiwa remaja...hehehe

    ReplyDelete
  9. Kak Combi,

    Khalish ucap terima kasih..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails