Ia mengandungi 4 bahagian. Semoga kita mendapat pengajaran di sebalik hikmah setiap kejadian.
Januari
----------
a) Kartika Sari Shukarnor bercerai dan mohon menghadap Sultan Pahang
Bekas model, Kartika Sari Shukarnor, 32, yang ketika itu menunggu hukuman sebat akibat kesalahan meminum arak mendedahkan dia dan suami dalam proses perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar.

Tengku Abdullah dalam respons menjelaskan pihaknya tiada ada masalah menemui wanita itu.
Hakim Syarie Burhanuddin Ismi Adam kemudiannya mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Muhammed Afandi, 38, pada pertengahan Oktober 2008 terhadap Kartika Sari.
Mohamed Afandi mengaku lafaz cerai diucapkan dalam keadaan rumah tangga mereka tidak tenang kerana ketika itu Kartika sedang menghadapi tuduhan meminum arak di Mahkamah Syariah Kuantan, Pahang.
b) Zambry saman Suara Keadilan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Suara Keadilan yang didakwa menfitnah beliau kononnya disyaki pengganas oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Beliau berkata, walaupun sebelum ini beliau banyak bersabar dengan tohmahan dan penghinaan yang banyak dilemparkan media pembangkang terhadapnya namun tindakan akhbar milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut kali ini sudah melampaui batas.
Zambry memberitahu sebelum ini ada pihak yang mencadangkan beliau menyaman Suara Keadilan sebanyak lima sen sahaja bagi menunjukkan betapa rendahnya nilai pemberitaan akhbar itu.
“Namun, oleh kerana pemimpin mereka (Datuk Seri Anwar Ibrahim) suka saman orang lain dengan RM100 juta, kenapa saya tidak boleh saman mereka dengan RM100 juta juga,” katanya.
c) Nizar cedera kereta terbalik
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sehingga keempat-empat tayarnya naik ke atas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Ipoh.

d) Ibu tunggal bebas tuduhan bunuh teman lelaki
Seorang ibu tunggal dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan membunuh seorang lelaki dipercayai teman lelakinya kira-kira dua tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Antara perkara yang mencacatkan adalah kegagalan pihak pendakwa mengemukakan salinan asal laporan kimia dan kad pengenalan mangsa kepada mahkamah serta isu akses ke bilik yang merupakan lokasi mayat Risham ditemui juga gagal dijawab sepanjang perbicaraan.
e) Empat bas Reliance Omnibus Company Sdn. Bhd. dan Kinta Omnibus Company Sdn. Bhd. hangus terbakar
Dua buah syarikat bas melaporkan kerugian ratusan ribu ringgit apabila empat buah bas henti-henti milik mereka musnah dalam kebakaran yang dipercayai angkara khianat.

Turut terbakar ialah kaunter tiket Reliance Omnibus, sebahagian daripada tingkat dua stesen bas tersebut yang menempatkan pejabat syarikat bas terbabit serta sebuah gerai menjual kacang putih milik L. Puvanesvari, 46, yang baru tiga hari beroperasi.
f) Pelakon Liana meninggal dunia
Pelakon drama, Liana Sulaiman meninggal dunia akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh, Ipoh.

g) Azizulhasni berkahwin
Jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang, 22, selamat diijabkabul dengan pasangannya, Athiah Ilyana Abd. Samat, 24, di kediaman pengantin perempuan di Meru Height, Ipoh.

Februari
------------
a) Zambry genap setahun terajui Perak dan diputuskan Menteri Besar yang sah
Barisan Nasional (BN) genap setahun kembali menerajui pemerintahan negeri Perak selepas hampir 11 bulan dikuasai pembangkang pada 6 Februari 2010.
Sepanjang tempoh itu, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, namun segalanya berjaya diatasi berkat kesabaran dan kecekalan beliau.
Sejak setahun lalu, pelbagai pelan pembangunan dilaksana demi mewujudkan sebuah negeri makmur yang sentiasa memandang serius aspek pembangunan.
Mahkamah Persekutuan juga memutuskan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah lebih setahun pertikaian dengan Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin.
b) Lemang Seladang dibuka semula
Setelah hampir dua bulan ‘terputus rezeki’ akibat gerai Lemang Seladang dirobohkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akhirnya pengusahanya, AnjangHalim Md. Saman, 58, dibenarkan berniaga semula di tapak asal di persimpangan Taman Soon Choon, Ipoh.

c) Tesco Kampar dilanda banjir lumpur
Pasaraya Tesco Kampar dilanda banjir lumpur setinggi 0.5 meter menyebabkan banyak barangan elektrik dan tujuh buah kenderaan rosak dihanyutkan arus.
Kejadian pukul 8 malam itu turut mengakibatkan ribuan pelanggan yang sedang leka membeli belah panik sebaik melihat banjir yang membawa lumpur, pasir dan sampah sarap dipercayai dari Sungai Kicap melanda pasaraya besar itu.
Mac
-------
a) Kartika Sari Shukarnor menghadap Tengku Abdullah
Kartika Sari menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah pada 3 Mac 2010
Selepas pertemuan itu, Tengku Abdullah menyatakan Sultan Pahang mempunyai kuasa untuk mengampun Kartika merujuk kepada Seksyen 133, Enakmen Jenayah Syariah Pahang 2002.
b) Keunikan Masjid Ihsaniah Iskadariah, Kampung Kuala Dal
Masjid Ihsaniah Iskandariah yang uzur dan terbiar selama lebih tiga dekad dipulihkan semula melalui program konservasi Jabatan Warisan Negara.

c) Skim cepat kaya wang pos muncul
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak (PDNKK) Perak mengesan kewujudan sindiket skim cepat kaya yang memanipulasi penggunaan wang pos.
Pengarahnya, Mokhtar Sulaiman berkata, skim berkonsep sistem piramid dipercayai didalangi seorang lelaki berusia 40-an itu dikesan baru bertapak di bandar raya ini sejak awal 2010.
No comments:
Post a Comment