Setelah seharian menemani Orang Rumah Bapak di bilik bersalin hospital sejak awal pagi, akhirnya tangisan pertama Khalish kedengaran pada 4.10 petang.
Tiga bulan pertama Khalish dan ibunya berada di kampung. Ekoran tuntutan kerja, Bapak cuma pulang sebulan sekali. Kesempatan yang ada Bapak gunakan untuk berdamping dengannya. Namun Khalish masih belum betul-betul kenal ayahnya sendiri, buktinya dia kerap menangis dan mahu dipeluk ibu setiap kali Bapak mendukungnya.

Bulan-bulan selepas itu, Khalish mula selesa dan membesar dengan sewajarnya...
Bermula dengan mula meniarap ketika berusia dua bulan setengah, Khalish kemudiannya mara, duduk, berdiri, merangkak dan kini mula bertatih. Giginya juga sudah empat batang.
Hari ini Khalish genap setahun. Cepat benar waktu berlalu, terasa bagai semalam dia dibawa pulang dari hospital...Selamat Hari Lahir anak sulungku....
Mungkin selepas ini kami tak perlu lagi bangun malam untuk membuat susu untuk Khalish tetapi cabaran sebagai ibubapa tak berakhir sekadar itu.. malah selepas ini dugaannya lebih hebat lagi.

Happy BIrthday Khalish! Comey lah gigi yg 4 btg tu. Betul, penat2 kat opis bila balik tgk anak terus hilang penat...
ReplyDeleteWah dah setahun rupanya Khalish..Happy birthday! Semoga sihat sentiasa.
ReplyDeleteAbu Aiman,
ReplyDeleteterima kasih! betul, penat semua hilang bila tengok teletah baby...
Kak Tirana,
ReplyDeleteterima kasih!
sekejap je kan masa berlalu..khalish da besar da..happy birthday khalish. Jgn notty2 tau..penat bapak & ibu nak kejar nanti ;)
ReplyDeleteErina,
ReplyDeleteterima kasih. sekarang Bapak dah penat kejar2 Khalish yg semakin aktif..hehehe
Persahabatan dan ukhwah yang terjalin di alam maya memang unik .
ReplyDeleteBayangkan , suatu waktu dahulu , saya lihat khalish didalam rahim kandungan ibunya . Kemudian saya menyaksikan lagi dia dilahirkan ...
dan..
Kini Khalish semakin membesar memasuki usia Setahun . Semuanya seperti berlaku dihadapan mata , sedangkan kita tidak pernah bersua . kann ...
Tak sabar nak tahu perkembangan Khalish selepas ini .. hehehe
Happy Birthday Khalish !
Selamat ulangtahun khalish..
ReplyDeleteermm.. cepatnya. Setahun dah besar begitu..
seronok tengok ..
wah... Khalish dah setahun... hepi beday... dah dapat hadiah hp ngan laptop tak dari bapak?... hehehe
ReplyDeleteKak Linda,
ReplyDeleteblog ini tercipta berikutan kegelisahan dan keterujaan Bapak menanti kelahiran Khalish...
Dia kini sudah setahun...
Cikgu Rashid,
ReplyDeleteBapak pun rasa sekejap masa berlalu..hehhe...
Eja,
ReplyDeleteKhalish ada dapat hadiah telefon...heheh...dia asyik nak call atuk...heheh...