Sebelum Khalish lahir lagi, Bapak telah membayangkan tangga batu yang mempunyai 16 anak tangga di rumah kami pasti akan menjadi salah satu tempat kegemaran anak sulung kami ini 'bermain'.
Sudah lumrah bayi yang baru pandai berjalan ghairah naik turun tangga. Namun risau juga kerana biasanya bayi tahu naik sahaja, turunnya belum tentu.
Pengalaman menjadi saksi dua orang adik Bapak terjatuh tangga kayu semasa mereka berusia setahun hingga dua tahun menyebabkan Bapak berhati-hati tidak mahu nasib sama menimpa Khalish. Yelah, itu kayu bolehlah tahan lagi, rumah Bapak ni tangga batu...tahu-tahu sahaja risiko je...
Menjelang kelahiran Khalish, Bapak dan Orang Rumah Bapak bersepakat membeli pagar plastik untuk menghadang pagar itu sebaik sahaja dia pandai berjalan.
Bukan niat menghalang anak kami belajar sesuatu baru tapi untuk keselamatan agar tangga batu itu tidak dipanjat tanpa pengawasan kami berdua...lagipun Bapak pernah baca seorang bayi hanya matang turun naik tangga setelah berusia dua tahun...
Sejak dibawa masuk ke rumah ini semasa berusia kira-kira empat bulan, kebanyakan masa Khalish dihabiskan di tingkat bawah. Dia mula menyedari kehadiran tangga semasa berusia lima bulan, matanya akan memandang setiap kali ke arah tangga Bapak atau Orang Rumah Bapak naik ke tingkat atas.
Apabila berumur tujuh bulan, Khalish sudah pandai melambai-lambai setiap kali kami menaiki tangga..heheh....
Masuk 10 bulan, dia sudah mula menangis melihat Bapak atau Orang Rumah Bapak (biasanya Bapak...hehhe) naik tangga seolah-olah takut ditinggalkan sedangkan salah seorang daripada kami berada di sebelahnya.
Semasa 11 bulan, Khalish sudah pandai merangkak menaiki dua anak tangga pertama tapi setakat itu sahaja lah, selepas itu dia akan menangis meminta tolong ibunya untuk turun semula..heheh...
Masa itu Bapak bercadang untuk membeli pagar tetapi Orang Rumah Bapak cadang tunggu sehingga Khalish pandai berjalan dulu...
-------------------------------------------------------------------------------
Beberapa hari lalu, Bapak ke tingkat atas untuk ke bilik komputer dan macam biasa Khalish akan merengek mahu mengikut tapi Bapak buat tak tahu sahaja...heheh...
Sedang Bapak menghadap PC, dengar rengekannya tak berhenti dan makin lama makin dekat. Tak lama kemudian Orang Rumah Bapak menjerit, Bapak keluar bilik menuju ke tangga dan perasan Khalish sudah meniti anak tangga ke 13!
Sambil memanjat satu demi satu anak tangga, Khalish merengek menyebut 'Mak' berkali-kali...(bagi Khalish Orang Rumah Bapak itu 'Ibu', Bapak pula 'Mak', puas betulkan, masih tak berjaya..heheh)
Orang Rumah Bapak berkejar memanjat tangga, apabila mahu mendukung Khalish, Bapak beri isyarat biar Khalish habiskan memanjat semua anak tangga itu, kita cuma pantau...
Akhir Khalish berjaya menghabiskan 16 anak tangga batu itu dan Bapak segera mendukungnya...
Aish, Khalish ni, bertatih pun tak berapa nak betul lagi, dah pandai panjat tangga...
Bapak mula fikirkan semula pagar plastik tapi dalam masa sama terbayang Khalish pasti ada cara melepasi pagar plastik itu...
Boleh tahan khalish ni...hehehe..comel aje dia duduk atas tangga. Kalau ada yang mengawasi, biarkan dia panjat tangga sendiri tapi kalau tak ada yang mengawasi baik disekat tangga tu..bimbang senyap2 dia naik ke atas..bahaya gak tu.
ReplyDeleteBapak, memang kena ada pagar tu untuk keselamatan. Aiman yg dah 3 tahun ni pun semalam ter'accident' jugak kat tangga, seb baik dah dekat bawah.
ReplyDeleteKak Tirana,
ReplyDeletememang tu hasrat kami. buat masa ni Khalish akan dibenarkan memanjat tangga dengan pengawasan sahaja...
Abu Aiman,
ReplyDeletealahai kesian Aiman...
Cara yang bijak.. biarkan ia mendaki.. cuma pantau keselamatan je..
ReplyDeleteRasanya ada harapan nak jadi pendaki gunung.. cekal dan tabah ..
Cikgu Rashid,
ReplyDeletewah, cikgu telah mengesan bakat awal Khalish. insyaallah...
cekal & tabah, itu yang kami harap Khalish dapat terapkan dalam penghidupannya...