Translate

Sahabat Bapak

Thursday, December 16, 2010

Kalendar 2011 edisi Bapak

Menjelang tahun baru, antara benda yang dicari-cari ialah kalendar. Dalam banyak-banyak jenis kalendar, Bapak lebih gemar kalendar meja.

Masa muda-muda dulu, kalendar meja kesukaan yang pasti dibeli setiap hujung tahun ialah kalendar Datuk Lat.

Namun selepas bekerja terutamanya selepas berpindah di Ipoh, Bapak tidak membeli kalendar lagi. Sebab biasanya Bapak akan mendapat percuma daripada pelanggan syarikat, kadang-kala terlalu banyak hingga dihadiahkan kepada saudara-mara.
Mulai tahun ini Bapak sekeluarga berhajat membuat kalendar peribadi. Tujuan utamanya untuk dihadiahkan kepada keluarga Bapak dan keluarga Orang Rumah Bapak.

13 foto peribadi dipilih untuk dihiasi kalendar peribadi tersebut mengikut tema bulan. Contohnya foto yang dipaparkan untuk bulan Januari ialah foto ayah mertua bersama Khalish kerana ulang tahun kelahiran ayah mertua pada bulan itu.
Begitu juga bulan Mei memaparkan foto Orang Rumah Bapak bersama Khalish kerana mereka berdua dilahirkan pada bulan tersebut. Bulan Ogos pula menggunakan foto kami lengkap berpakaian baju Melayu dan kurung di pagi raya kerana dijadualkan Aidilfitri jatuh pada bulan berkenaan.

Oleh kerana Ilhan baru lahir pada akhir tahun, kalendar tersebut didominasi dengan foto-foto Khalish. Foto Ilhan cuma ada dua iaitu pada cover dan bulan Oktober; bulan kelahiran dia.

Semasa memilih foto baru sedar, tiada satu pun foto mak mertua bersama Khalish mahupun Ilhan...

Apapun Bapak harap keluarga Bapak dan mertua gembira menerima kalendar peribadi kami. Boleh jadi mengubat rindu terhadap cucu-cucu...heheh...

8 comments:

  1. Wan,

    apa yg advancenyer, bukan Wan yg mula dulu buat kalendar ker? heheh...

    ReplyDelete
  2. Abu Aiman,

    ni projek tahun lepas yg tertunda ni...heheh

    ReplyDelete
  3. Maria,

    buat kat Fotokem je..hehe..

    ReplyDelete
  4. As'kum,
    Breastpumps/ warmer/ steriliser/ Tommee Tippee & Avent bottles murah (1st hand & preloved) visit my blog ya, thanks :)

    ReplyDelete
  5. K-Baby,

    salam..

    insyaallah Bapak akan jenguk ke sana, terima kasih kerana menjemput!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails