Sebenarnya sejak putus susu ketika berumur 4 tahun, tekak Bapak alah dengan susu. Rasa loya dan mahu diluahkan semula jika susu diteguk. Kalau susu kacang soya tak pula..
Hanya susu yang mempunyai perasa sahaja boleh serasi dengan tekak Bapak.Biasanya perasa coklat menjadi pilihan.
Kebetulan masa Bapai bercuti panjang MC dulu, Dutch Lady memperkenalkan produk baharu, susu tepung perasa coklat. Lebih ekonomi daripada membeli susu kotak.
Bukan sekali dua tapi setiap kali mengunjungi pasar raya besar, kami cuba mencari susu tepung perasa coklat tetapi hampa. Yang ada susu tepung perasa strawberi dan asli.
Sakit hati juga setiap kali tengok iklan Dutch Lady di televisyen. Orang Rumah Bapak nak sedapkan hati mengandaikan produk tersebut cuma di jual di Lembah Klang. Apa ingat orang Ipoh tak minum susu ke?
Di pendekkan cerita, kami akhirnya jumpa juga pek susu tepung perasa coklat Dutch Lady itu baru-baru ini.Rupa-rupanya pengurusan pasar raya besar meletakkan produk itu di rak minuman malt dan coklat seperti Milo, Ovetine, Holicks dan Vico.
Sampai juga hajat Bapak.Minta maaf kepada Dutch Lady sebab mengandaikan persepsi yang bukan-bukan...hehehe..tapi kalau letak di rak produk tenusu kan senang...
wah... bapak dah minum susu kembali... siap 'botol' lagi... :)
ReplyDeletesaya masih tetap ambil susu... walaupun bukan hari-hari, tapi minum juga... org perempuan ni lagi senang hilang kalsium...
botol tu free gift beli susu Dutch Lady tu. senang, goncang je, siap..heheh
Deletemana sedap dengan Milo ?
ReplyDeleteMilo minuman malt, ada macam2 rasa, ni susu perasa coklat..
Deleteramai yg kata sedap..belum cuba lagi =p
ReplyDeleteini iklan x berbayar tau..heheh
DeleteEh..kan ke patutnya diorg letak kat shelf susu formula anak?
ReplyDeleteLain la kalo geng2 anlene tu..biasanya lane sebelah
tulah pasal, konfius jap Bapak..heheh
Deletebotol budak2 yang 4 jenis free gift langsung tak berkualiti
ReplyDeleteyg Dutch Lady 123/456 tu ker? nasib baik x beli tuk Ilhan. tengok harganya pun terlebih mahal, cam kita beli botol air tu je..
Delete