Kata orang, cara paling mudah menjaga suami, jagalah perutnya (maksudnya jaga makan minumnya bukan belai perutnya..hahaha..)
Pendek kata air tangan seorang isteri itu salah satu resepi kerukunan rumah tangga.
Bagi Bapak, makanan yang paling sedap ialah air tangan Mama. Bukan sebab keunikan resepi mahu pun teknik memasak tetapi kerana ia di masak dengan penuh kasih sayang.
Itu pesan Bapak kepada Orang Rumah Bapak semasa awal perkahwinan dulu. Masak la dengan kasih sayang agar suami dan anak-anak sentiasa merindui air tangannya hingga ke akhir hayat.
Cerita pasal Orang Rumah Bapak, walau pun beliau anak tauke katering dan seorang sahabatnya (merangkap bekas rakan serumahnya) mencanang kepada Bapak, masakan Orang Rumah Bapak sedap-sedap belaka tetapi realiti pada awal perkahwinan..hurm..
Minggu-minggu terawal kami tinggal serumah, sajian semuanya berasaskan sambal. Sambal ikan, sambal udang, sambal telur, sambal sotong dan sambal ikan bilis. Menunya itu di kitar semula selepas itu.
Sarapan kegemaran beliau pula jemput-jemput. Jemput-jemput bodo (Bapak namakan sendiri pasal tepung je banyak tetapi ikan bilis, bawang dan cili celah gigi je..hehe) dan cekodok manis. ( tepung campur gula).
Mula-mula kasi can tapi lama-lama mana boleh tahan...Bagi Bapak, Orang Rumah Bapak bukan takde bakat atau tak reti memasak tetapi kurang keyakinan.
Bagi memberi motivasi kepada Orang Rumah Bapak, buku dan majalah masakan sering Bapak beli.
Kemudahan internet juga dipermudah bagi menyenangkan mencari dan mencuba resepi baru.
Setiap hasil air tangan terbaru Orang Rumah Bapak, gambarnya Bapak ambil. Cadangnya gambar-gambar itu Bapak muatkan dalam Fotopages yang Bapak namakan Air Tangan Orang Rumah Bapak (ATORB).
Namun biasalah hajat tinggal hajat. Laman Fotopages itu terbiar begitu sahaja. Namun aktiviti merakam masakan Orang Rumah Bapak diteruskan.
Apa pun apabila Bapak membuka akaun Instagrams tahun lepas, sebahagian besar gambar yang di muat naik adalah air tangan beliau.
Akhirnya ATORB digunakan Orang Rumah Bapak untuk blog masakannya iaitu sayachefkecil.blogspot.com baru-baru ini.
tahniah kat org rumah bapak...
ReplyDeletepada Maria memasak bukan sekadar bakat atau kebolehan... praktis yg penting - kena selalu buat... bila selalu masak - mmg akan jadi perfect...
bila malas, itu yg jadi tak pandai masak... :)
practice makes perfect...
Deletesedap nampak masakan tu.
ReplyDeletekalu nampak sedap, yg memakannya lagila kata sedap..heheh
Delete