Translate

Sahabat Bapak

Friday, January 25, 2013

Bekal dari rumah lebih enak

Bapak kembali bekerja selepas 86 hari MC gara-gara buku lali kanan patah.

Sebenarnya doktor mahu memberi tambahan sebulan lagi cuti MC tetapi bagi Bapak, hampir 3 bulan tidak bekerja merupakan jangka waktu yang panjang. Lagipun tempoh cuti MC 2 bulan yang diberi majikan sudah tamat.

Bapak juga terpaksa menghabiskan semua cuti tahunan 2012 sepanjang proses penyembuhan. Doktor membenarkan Bapak kembali bekerja dengan syarat perlu berhati-hati dan  memakai topang lengan terutama ketika bertugas di luar pejabat.

Minggu awal Bapak kembali ke pejabat, pergerakan masih lambat. Maklumlah pada waktu itu, Bapak baru 6 hari kembali berjalan. Kadang-kala buku lali Bapak membengkak memaksa Bapak meminta kebenaran untuk hanya memakai sandal semasa di pejabat.
 Begitupun Bapak tetap mengenakan kasut semasa bertugas di luar. Menyedari kesukaran Bapak untuk bergerak aktif, Orang Rumah Bapak menyediakan bekal makan tengah hari untuk Bapak hampir setiap hari.

Terharu Bapak, beliau sanggup menyingsing lengan ke dapur setiap pagi untuk memasak hidangan tengah hari Bapak. Sedangkan Orang Rumah Bapak perlu berkejar dengan masa kerana sebelum itu beliau perlu menyiapkan Khalish untuk ke tadika.

Terima kasih Sayang...

6 comments:

  1. hebat... respek kat org rumah bapak... klu saya tak tahu la macam mana... pagi adalah waktu yg 'maha ketat'...

    ReplyDelete
  2. hebatlah org rumah bapak.
    hmmm..lama cuti tu. sikit lagi nak sama dgn cuti bersalin 90hari.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, sebab MC lama sangat, mamai juga kt PC nak start keja masa first day keja tu..hehehe

      Delete
  3. isteri mithali ... bkn semua org rajin nak sediakan byk lauk pauk ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails