Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, April 20, 2011

Lepak Cameron Highlands

Baru-baru ini Bapak sekeluarga lepak kat Cameron Highlands (CH). Sahaja nak bawa Ilhan yang pertama kali ke sana, lagipun cuma lebih kurang 100 km je dari rumah.

Mula tu cadang nak balik hari je tetapi selepas selesai makan tengah hari di Brinchang sejurus sampai, tengok tompok-tompok awan tebal yang amat gelap. Terus kami check in hotel berdekatan.

Ramalan kami tepat, tak sampai 10 minit selepas check in, hujan lebat turun tak henti-henti sampai hampir senja. Termenunglah kami sekeluarga di dalam bilik sepanjang petang itu....

Esoknya barulah kami berjalan. Lokasi pertama Pusat Teh Boh Sungai Palas. Pertama kali ke sana, sebelum ini pernah ke Pusat Teh Boh yang satu lagi di Ringlet. Cameron Bharat tu juga dah biasa.
Sampai di Sungai Palas, rasa nak menyesal pun ada sebab kenderaan cuma dibenarkan diletakkan di kaki bukit dan kita perlu mendaki untuk sampai stesen tersebut. Taklah jauh cuma 200 meter tetapi mendaki dengan mendukung Khalish yang beratnya lebih 11 kg manakala Orang Rumah Bapak pula mendukung Ilhan seberat hampir 8 kg memang hampir buat kami pancit..heheh

Nak biarpun Khalish berjalan sendiri, takut juga sebab laluannya agak curam. Khalish pula kalau berjalan main redah je..heheh

Sampai di puncak, kami minum teh sambil mengunyah skon, teman Khalish buat lawatan sambil belajar di kilang memproses teh, bawa pulang teh dan bergambar kenangan.
Lokasi seterusnya Bee Farm tapi masa itu Khalish dah tertidur. Disebabkan pusat penternakan lebah madu tu pula perlu menuruni bukit, kami tak jadi ke sana dan cuma pusing-pusing kat tingkat atas sahaja.
Sebab tengok langit sudah mulai gelap, kami cepat-cepat ke Kea's Farm. Beli sayur dan buah. Misinya untuk seminggu menu harian...heheh









Sebelum balik, kami singgah di Raju's Hill Strawberry Farm. Belasah kek, muffin, aiskrim dan smoothie.
Semasa menuruni CH, hujan mula turun...

10 comments:

  1. best nya makan stoberi... emmm... lama dah tak pegi Cameron... bapak ni saje la goda ktorg... nak kena pegi nih... Luqman tak pernah sampai lagi... ;p

    ReplyDelete
  2. sekarang nik pelik..apesal masa nik pergi cameron dulu tak pernah plak try eskrem2 stoberi ni ye.....hukhukhuk..kene ajak yabang pergi lagi ke sana ni

    ReplyDelete
  3. Maria,

    pergi la..pergi la...(cubaan menghasut...heheh)

    ReplyDelete
  4. Nik,

    baik pergi sebelum bersalin, nanti meleleh air liur je baby kang...heheh...

    ReplyDelete
  5. best nya..tahun lepas yong p sna..tahun ni x p agi

    ReplyDelete
  6. perghhh bapak, ni tempat kenangan sy n wife masa mula2 kawin dulu...sempatla duk CH 4 tahun...

    ReplyDelete
  7. Yong,

    tahun ni p jugak la..heheh

    ReplyDelete
  8. Sham,

    mesti banyak kenangan di CH kan..

    ReplyDelete
  9. aritu nk g sg palas.. x sempat.. sempat naik bkt brinchang separuh jln je.. dh kol 6 lbh.. tkut gelap..

    x sabar nk pergi lg.. syok la g ch ni.. x puas g 3 hari.. kena g seminggu gak.
    ehh pak.. bee farm tu..ade maze tak? masa g 2009 die kata undercons.. skrg dh wujud lom?

    ReplyDelete
  10. Cik Bedah,

    rasanye Sg. Palas buka sampai pukul 5.30 ptg je...nasib baik Cik Bedah & Abg Nakkal x teruskan..hehhe..

    Maze dah ada cuma kami x masuk pasal masa2 dah lenguh2 dukung Khalish ngan Ilhan panjat Sg. Palas sebelum tu...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails