Translate

Sahabat Bapak

Sunday, April 17, 2011

Permulaan sebuah persepsi

Ini cerita seorang wanita berusia lewat 30-an dengan dua anaknya. Seorang perempuan berusia 12 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 7 tahun.

Wanita itu bekerja sebagai pembantu kedai menjual telur di sebuah pasar. Dia bekerja enam hari sehari. Kebetulan semalam hari Ahad, wanita itu membawa kedua-dua anaknya ke tempatnya mencari rezeki.

Bukan untuk membantu tetapi sekadar menemaninya dan belajar secara tidak langsung ilmu kehidupan.

Mula-mula baik sahaja anak-anak itu duduk di atas kerusi sambil memerhatikan ibunya melayan pelanggan yang mahu membeli telur. Lama-lama anak lelaki mula bosan dan merayau-rayau tanpa disedari ibunya yang sedang sibuk bekerja. Kakaknya pun leka hingga tak ambil port pun kelibat adiknya.

Ibu : eh, mana adik ni? ala...kakak tolong cari adik, risaulah sini dah lah ramai orang, macam-macam perangai. Mat fit pun ramai...

Anak perempuan yang patuh keluar menjejak adiknya. Sejam kemudian baru kelibatnya muncul sambil mengheret adiknya yang bermuka masam.

Ibu : mana pergi? susahkan hati orang sahaja. Bahaya tau tak? sini ramai juga orang jahat, polis selalu buat rondaan. Nak polis tangkap? nanti polis suruh masuk kereta polis baru kau tahu!

Riak anak lelakinya berkerut sambil buat muka tak puas hati...

Kakak : isk, kan mak dah kata sini ramai orang jahat. nak kena culik, dia potong tangan, potong kaki. pastu suruh minta sedekah., nak?

Adiknya diam menunduk mendengar leteran kakaknya pula.

Siapa lebih rational ibu ke anak perempuannya? Siapa yang perlu lebih ditakuti polis ke penjahat? Momok apakah yang lebih berkesan kepada kanak-kanak, polis ke penjahat?

4 comments:

  1. salam kenal...

    masa kecik2 selalu dimomokkan dengan cerita2 hantu...

    ReplyDelete
  2. rasa kami anak perempuan dia lebih rasional,
    ajaran yg betul sepatutnya bermula dari awal,
    kalau kita terbiasa ikut ayat orang lama2 dulu yang salah, kemungkinan ajaran itu akan disalah erti sehingga dewasa..

    ReplyDelete
  3. Sham,

    salam kenal...

    perlu ker kita teruskan tradisi momokkan anak2 kita dgn fantasi semata-mata mahu mereka patuh kata?

    ReplyDelete
  4. Kami,

    itu yg Bapak maksudkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails