Translate

Sahabat Bapak

Monday, April 18, 2011

Aksi meniarap ala kamikaze

Ilhan sudah berusia lima bulan setengah. Sejak boleh meniarap ketika berusia tiga bulan setengah, itulah aktiviti kegemarannya selain memasukkan tangan ke dalam mulut dan bermain cak cekur. (kekadang gaya Usop Wilcha mengoyangkan tangan pun ada, pengaruh tv betul...heheheh).

Dalam diam-diam Ilhan agak lasak jugak, bergolek-golek sampai habis abangnya, Khalish ditendang-tendang...hhehe..

Sejak beberapa minggu lalu, Ilhan mencuba untuk mara ke hadapan pula. Kadang-kadang menjadi selalunya tidak namun dia tak pernah putus asa.
Cuma aksi kegemarannya untuk mara ke hadapan dikhuatiri agak bahaya. Ilhan suka membenamkan kepalanya ke tilam sambil menyondol-nyondol agar badannya bergerak ke hadapan.

Tak tahulah bagaimana dia dapat idea tersebut....

Walaupun Ilhan memang sudah pandai kawal kepala dan aksi kamikaze itu agak berkesan untuk dia mara ke hadapan tetapi ia tetap agak membahayakan.

Terpaksalah Bapak dan Orang Rumah Bapak sentiasa pantau, Khalish pun sekali-sekala membantu.

Kalau dengar Khalish menjerit : "Ya Allah, Ya Allah, adik..adik..."

Tahulah kami adiknya buat aksi kamikaze lagi...

Sekarang kami tengah cari idea untuk ajar dan bagitahu bayi berusia lima bulan setengah macam Ilhan teknik yang betul dan selamat untuk meniarap sambil mara ke hadapan....

2 comments:

  1. baru bleh meniarap dah lasak, nnt dah bleh berjalan tak tau lah..hehe

    ReplyDelete
  2. Mr. Penyu,

    dah anak lelaki..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails