Apahal 3 minggu berturut-turut asyik posting Maharaja Lawak je? Senyap seminggu pasal itu kepil sedutan Maharaja Lawak... takde idea ker Bapak ni? betul2 ada masalah disiplin dalam berblogging...
Sebelum blog Akulah Bapak ni berkarat, momen-momen kehidupan hilang macam tu je, Bapak berazam ubah perangai. Sesibuk mana pun dengan kerjaya dan melayan kerenah Khalish & Ilhan, Bapak akan curi-curi masa berblog.
Anyway, balik kepada Maharaja Lawak minggu ke-3, dengar ceritanya ramai benggang Amir tak keluar-keluar. Tak pasal-pasal R2 pula yang tersingkir.
Secara peribadi Bapak kesian dengan Amir, baiklah dia keluar cepat-cepat..cepat habis 'penderitaan' dia dan kita yang menengoknya.
Macam biasa Bapak kepilkan lawak yang Bapak paling suka dalam minggu ni.
Sori Jozan, Bapak boleh baca la lawak korang setiap minggu, terhibur bolehlah tapi susahlah nak gelak kalau lawak boleh dijangka....kui..kui..kui...
hahha..... maseehh bapak attach video ni...
ReplyDeletesepah memang best la..pepagi dah kejang mulut gelak...
Nik,
ReplyDeletesama2...kena pulak lirik ngan melodi & situasi...hehe