Translate

Sahabat Bapak

Thursday, April 21, 2011

Gotong-Royong Perdana paling sempoi

Setiap tahun persatuan penduduk taman perumahan Bapak pasti menganjurkan program gotong-royong perdana. Bapak pernah cerita sekali dalam entri Mari Bergotong-Royong pada Februari 2009.
Seawal 8 pagi, Bapak sudah pergi ke pusat pendaftaran. Sesudah mendaftar, Bapak menerima cenderahati berupa mug, pelekat kereta dan pemegang kunci keluaran khas persatuan penduduk. (joint gotong-royong pun dapat hadiah..heheh)

Selain setiap penduduk turut terima sarung tangan kain dan getah, ubat jentik-jentik dan plastik sampah hitam.

Ada sarapan roti canai disediakan tetapi Bapak tak makan sebab dah sarapan dulu di rumah. Selepas itu ada taklimat ringkas program gotong-royong tersebut.

"Tahun ini kita tukar sedikit pendekatan gotong-royong. Setiap penduduk cuma bersihkan persekitaran rumah masing-masing sahaja.

"Bukan apa, taman perumahan sudah ada 7 fasa, tak larat kita nak bersihkan semua. Bab-bab rumput, longkang biar pekerja am MBI yang turut sertai gotong-royong ini selesaikan. Kita bersihkan rumah sendiri, kalau nak pinjam alatan membersih yang disediakan MBI, sediakan," jelas setiausaha persatuan penduduk.

Seperti kebanyakan penduduk lain, Bapak tersengih. Cepat-cepat pilih alatan untuk dipinjam dan balik rumah.

Sampai rumah, Orang Rumah Bapak yang sedang ralit melayan Ilhan pelik.

"Bersihkan rumah sendiri je, mana-mana nak buang tu bawa keluar rumah tapi yang berharga, yang boleh jual kat pusat 3r tu, asingkan la," jelas Bapak.
Khalish turut nak 'bantu' bersihkan rumah tapi 'tolong' dengan cara dia la..hehe..

Selepas tiga jam kemudian, urus setia dengan menggunakan pembesar suara beritahu masa untuk membersihkan rumah sudah tamat dan penduduk diminta kembali ke pusat pendaftaran untuk memulangkan semula alatan pembersih.
Sebelum program tamat, ada cabutan bertuah dan seperti biasa Bapak menang. Kali ini bawa balik pasu bunga.

3 comments:

  1. hehe..kelakar pulak dengar gotong royong rumah masing²..tapi at least ok la kan..ada gak usaha murni ni

    ReplyDelete
  2. Wan,

    agaknye program gotong-royong telah diberi definisi baru...hehe

    ReplyDelete
  3. Akma,

    salam. semoga ur daughter sudah beransur pulih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails