Translate

Sahabat Bapak

Saturday, April 16, 2011

Kenangan Arie Wibowo : Madu & Racun

1986, Bapak memulakan pendidikan awal di Tadika Kemas yang terletak tak sampai lima langkah dari rumah Bapak masa pada itu, Sungei Way, Petaling Jaya.

Belajar membaca dan menulis, baca doa, makan dan bermain akhirnya sampai ke penghujung alam tadika. Biasalah pada penghujung sessi pembelajaran kenalah kanak-kanak tadika membuat persembahan akhir tahun untuk tatapan guru dan ibu bapa.

Selain menari, pesembahan paling mudah untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ialah menyanyi. Bapak salah seorang yang mencuba nasib masuk audition yang dijurikan oleh guru tadika sendiri.

Oleh kerana hampir 9 daripada 10 member yang menghadiri audition itu menyanyikan lagu 'Saya Anak Malaysia' nyanyian Dr. Sam, Bapak fikir baik nyanyi lagu lain. Kononnya harapan nak terpilih untuk buat persembahan lebih cerah...hhehe

Dalam fikiran Bapak masa masa itu cuma lagu Madu & Racun. Lagu yang Bapak hafal sebab join tonton sama filem Indonesia yang tajuknya sama dengan lagu itu bersama Ayah dan Mama di rumah.



Video tape tu Ayah sewa dari kedai video berhampiran. Jalan ceritanya tipikal filem cinta, hero minat gila dengan heroin tapi heroin playgirl sikit. Apa pun selepas melepasi pelbagai rintangan, cinta hero akhirnya terbalas.

Walaupun ia filem Indonesia tapi kalau tak silap Bapak, Azmil Mustapa berlakon gak.

Berbalik kepada audition nyanyian tadika tu, walaupun nyanyian Madu & Racun Bapak menarik perhatian guru tadika tapi beliau akhirnya tukar fikiran daripada nyanyian solo kepada nyanyian berkumpulan.

Atas faktor populariti dan patriotik, lagu Saya Anak Malaysia dipilih. Akhirnya nyanyi kami beramai-ramai lagu tu. Tak silap Bapak, Mama komen suara Bapak tenggelam masa persembahan tu....heheh

Selepas 25 tahun, baru Bapak perasan lagu Madu & Racun tu nyanyian kumpulan Bill & Brod. Grup sama yang menyanyikan lagi Singkong & Keju.
Penyanyi Bill & Brod, Arie Wibowo dilaporkan meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung. Beliau yang berusia 58 tahun terkena serangan berkenaan ketika sedang bermain gitar bersama seorang rakan baiknya, Leo Manurung.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, terima kasih kerana mewarnai zaman kanak-kanak Bapak..al-Fatihah...

2 comments:

  1. lagu2 bill & bord ni kelakar kan
    tp best,...hehe

    ReplyDelete
  2. Lea,

    rasanya zaman tersebut memang lirik & melodinya cam tu...janji layan..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails