Alhamdulillah Orang Rumah Bapak genap 29 tahun pada Sabtu lalu.
Awal-awal lagi Orang Rumah Bapak beritahu tak mahu kek ulang tahun kelahiran. Namun pada sebelah petang, beliau menyertai kelas membuat kek yang hanya diputuskan pada saat-saat akhir.
Balik dari rumah pada lewat petang, Orang Rumah Bapak membawa pulang empat jenis kek tapi sepotong setiap jenis la. Kira kek ulang tahun kelahiranlah kan...heheh... Khalish dan Ilhan yang lebih-lebih tak menyempat nak menjamah kek-kek tersebut.
Pada sebelah malam, kami ke Restoran Haji Sharin Low di Greentown untuk meraikan ulang tahun kelahiran Orang Rumah Bapak. Permintaan beliau sendiri sebab dah berkenan dengan kelazatan udang mentega di situ.
Sebenarnya dah banyak kali, kami menjamu selera di restoran berasaskan makanan Cina Islam tersebut. Pernah juga pesan 'itik gantung' halal tapi kali ini tidakle.
Selain udang mentega, kami cuma pesan menu daging goreng Cina, kacang panjang goreng telur masin dan tomyam makanan laut. Semua ok kecuali tomyam yang terlalu kuat pengaruh daun limau purut sehingga kuahnya terasa sedikit pahit.
Apa pun selamat ulang tahun kelahiran Sayang. Hidup bersamamu adalah anugerah
berharga...
Hepi besdey dik...Bertuah di jodohkan dengan pasangan yg sgt penyayang ni..
ReplyDeletehappy birthday to isteri bapak. semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, dipanjangkan usia n happy selalu
ReplyDeleteamin...
Deleteselamat hari kelahiran buat isteri bapak...saya lihat ramai suka sangat dengan udang mentega,saya pernah makan tapi sekali je..
ReplyDeletepernah cuba buat sendiri udang mentega tapi x jadi..heheh
Delete