Translate

Sahabat Bapak

Thursday, December 1, 2011

BBQ Maal Hijrah

Bagi menghabiskan daging korban yang masih tertinggal, Orang Rumah Bapak bercadang untuk membuat kebab.
Prosesnya mudah sahaja. Daging diperap dengan sos Oriental kemudian dicucuk dengan potongan lada Benggala dan nenas sebelum dipanggang. Ekor lembu pula dibuat sup.

Ayah Mertua Bapak tambah dengan cencaru bakar dan sosej sementara Mak Mertua Bapak sediakan soto ayam untuk satapan kami keluarga. Mereka berdua cadangkan upacara ala BBQ itu dibuat pada malam Ahad lalu kononnya sempena menyambut Maal Hijrah. heheheh...

Sudahnya selepas membaca doa akhir tahun dan awal tahun serta solat Maghrib berjemaah, aktiviti BBQ pun bermula.

Kehadiran keluarga Mak Ulung memeriahkan suasana. Masing-masing ambil bahagian dalam memanggang termasuk Khalish yang jadi tukang kipas.

Akhirnya hampir 30 cucuk kebab daging licin. Bolehlah buat lagi lain kali..heheh

12 comments:

  1. Yang datang tolong makan paling meriah! Aku kat Pulau Sayak...BBQ tepi pantai...

    ReplyDelete
  2. uissh...sedapnya..kalau ccuk sekali dgn bawang holland yang manis...pergh..sedap..dap..dap

    ReplyDelete
  3. Daddy Cool,

    kiranya aku BBQ kt tepi pantai gak, sebab rumah orang tua orang rumah aku 300 meter dari pantai..hehhe

    ReplyDelete
  4. Nik,

    cadang nak cucuk ngan bawang Holland gak tapi tengok dah penuh ngan daging, nenas dan lada benggala terus tak jadi..heheh

    ReplyDelete
  5. memang best!!! daging tak terbazir dan digunakan sepenuhnya plus mengiratkan hubungan family!!

    ReplyDelete
  6. Hemy,

    itu harapannya, kira serampang dua mata..

    ReplyDelete
  7. byknya st0k daging korban
    x abes2 sampai skrg

    hehe

    ReplyDelete
  8. Lea,

    kat kampung tinggal mak, ayah, atuk & nenek je. banyak mana diorang makan.anak cuculah tukang abiskan apabila balik kampung...heheh

    ReplyDelete
  9. www.omgab.com 우리카지노사이트
    www.omgab.com/theking 더킹카지노
    www.omgab.com/sands 샌즈카지노
    www.omgab.com/first 퍼스트카지노
    www.omgab.com/yes 예스카지노
    www.omgab.com/super 슈퍼카지노
    www.omgab.com/gatsby 개츠비카지노
    www.omgab.com/33 33카지노
    www.omgab.com/world 월드카지노
    www.omgab.com/merit 메리트카지노

    ReplyDelete
  10. www.omgqq.com 우리카지노사이트
    www.omgqq.com/thekingcasino 더킹카지노
    www.omgqq.com/sandscasino 샌즈카지노
    www.omgqq.com/firstcasino 퍼스트카지노
    www.omgqq.com/yescasino 예스카지노
    www.omgqq.com/supercasino 슈퍼카지노
    www.omgqq.com/gatsbycasino 개츠비카지노
    www.omgqq.com/33casino 33카지노
    www.omgqq.com/worldcasino 월드카지노
    www.omgqq.com/merit 메리트카지노

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails