Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, July 6, 2011

Bapak berfutsal

Terus-terang cakap, sejak berpindah ke Ipoh kira-kira 5 tahun lalu, Bapak jarang bermain sukan kegemaran, futsal. Sebabnya tak payah cerita, kalau nak beri alasan seribu pun boleh..heheh...

Peluang untuk kembali berfutsal hujung minggu lalu tidak dilepaskan Bapak walaupun dalam keadaan fizikal yang sudah jauh berubah daripada mula-mula berpindah ke Ipoh dulu..heheh..

Lokasinya di padang Taman DR Seenivasagam. Main enam sebelah dengan seorang pemain perempuan diwajibkan beraksi bagi setiap perlawanan. Menariknya setiap pasukan menerima jersi original percuma menerusi cabutan.

Mungkin ada konspirasi, pasukan Bapak 'tercabut' jersi Arsenal. Mahu tak mahu terpaksalah Bapak yang digelar kawan-kawan sebagai Alex Ferguson ni pakai...

Apabila turun gelanggang, Bapak perasan banyak yang telah 'hilang' terutamanya skil dan stamina biarpun banyak berfungsi sebagai pemain pertahanan (faktor jersi kot...heheh).

Dipendekkan cerita, kemaraan pasukan Bapak disekat di peringkat separuh akhir menerusi tendangan penalti.

Penentuan tempat ketiga dan keempat pun ditentukan menerusi tendangan penalti. Masa itu Bapak tawar diri jadi penjaga gol. Entah macam mana Bapak dapat selamatkan semua tendangan penalti diambil pihak lawan dan dapatlah kami tempat ketiga.

8 comments:

  1. wah
    bapak
    dah macam safee sali dah sepak
    ekekeke

    Wordless Wednesday #5

    ReplyDelete
  2. lepas ni Bapak kena slalu-slalu la turun padang futsal... ;p

    ReplyDelete
  3. Nanti bila khalish dan ilhan dah besar, boleh la depa join sekali..hehehe

    ReplyDelete
  4. jangan balik sakit badan sana sini udah le....letihlah mak Khalis nak urut! he3x

    ReplyDelete
  5. Hans,

    gaya je cam Safee Sali tapi balancing lari...heheh..

    ReplyDelete
  6. Maria,

    yela, Bapak tgh sit up la ni...heheh

    ReplyDelete
  7. Kak Tirana,

    Ibu diorang x berapa galakkan...katanya nak Khalish & Ilhan bersukan memanah ngan berkuda..hehe..

    ReplyDelete
  8. Kak Sonata,

    macam tahu2 je...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails