Ilhan yang kini sudah berusia 8 bulan makin lama makin aktif. Setiap hari hampir semua bahagian rumah tak terkecuali dapur ditawafnya.
Kalau dulu setiap petang, kepulangan Bapak dari pejabat disambut Khalish sahaja, sekarang Ilhan pun dah sertai sama. Sambil meniarap serapat mungkin ke jerigi besi sliding door, dia akan menunggu Bapak sambil tersengih-sengih.
Kadang-kala, Ilhan bangun awal menghantar Bapak untuk ke pejabat. Dia melihat Bapak memandu kereta keluar dari pagar rumah dari dalam rumah sambil terpinga-pinga.
Ilhan juga sudah pandai bermain di kawasan tangga. Setiap kali pintu pagar tangga di buka, dia akan bermain-main membuka tutup pintu pagar itu seakan-akan memberi isyarat mahu memanjat anak tangga tersebut bila masanya sampai..heheh
Mulutnya sentiasa nganga mahu merasa makanan yang sedang dimakan ayah, ibu dan abangnya walaupun baru lepas makan bubur, biskut dan minum susu. Banyak kali juga dia cuba merampas makanan yang sedang berada di tangan kami.
Pernah sekali dia cuba minum susu kotak Dutch Lady perasa strawbery yang ditinggalkan sementara Khalish di atas sofa. Nasib baik cepat perasan, ewah macam tahu hisap pakai straw je Ilhan ni kan..hehhe
Bubur Ilhan agak istimewa berbanding Khalish dulu yang kebanyakan bubur nasi bercampur lobak merah, kentang dan serbuk ikan bilis.
Ilhan lebih gemar makan bubur bercampur brokoli, bayam, epal, ayam, daging, jagung, oat dan pisang.
Peel Ilhan yang akan memasukkan apa sahaja objek yang dijumpai ke dalam mulut juga membuatkan kelibatnya sentiasa perlu diperhatikan. Banyak kali juga dia cuba masukkan tisu dan keratan surat khabar ke dalam mulut...
ala sweetnye ilhan, budak besar ni suke tiru ape yg org keliling buat dan makan kan...
ReplyDeleteMakin sibuklah Bapak ya. Melayan kerenah anak yang dah mula kenal kehidupan dan merancang masa depan mereka.
ReplyDeletepatut la Ilhan lebih tembam dari Khalish... segala nak masuk mulut... sabor je ye...
ReplyDeleteIntan,
ReplyDeleteharap dia tiru yg baik2 je la kan...
IM,
ReplyDeleteinsyaallah Bapak rancang masa depan Khalish & Ilhan sebaik mungkin
Maria,
ReplyDeletebaru tahukan? hehehe..