Tak seperti Ilhan yang mendapat susu ibu sepenuhnya, Khalish bergantung kepada susu formula. Sejarahnya pernah Bapak ceritakan dalam Susu Ibu vs Susu Formula.
Sekarang Khalish sudah berusia dua tahun dua bulan dan berada dalam tahap ketiga susu formula.
Memang sejak awal perkahwinan, Bapak merancang memastikan semua anak-anak Bapak mendapat bekalan susu sepenuhnya secara berkala sehingga berumur sekurang-kurangnya lima tahun.
Dua tahun pertama dengan susu ibu sepenuhnya (dalam kes Khalish, terpaksa mendapat bantuan susu formula). Kemudian bertukar kepada susu formula tahap ketiga sehingga berumur tiga tahun dan selepas itu susu formula tahap terakhir.
Jenama susu formula tersebut telah dipilih. Namun Bapak perhatikan harganya semakin lama semakin meningkat. Mula-mula Bapak pejamkan mata sahaja tetapi makin dibiarkan, makin 'melampau' pula dengan alasan kenaikannya terlalu remeh.
Awal bulan ini, pengeluar susu jenama yang Khalish minum itu telah menambah baik nutrisinya daripada 4 kali DHA kepada 5 kali DHA. Walaupun kenaikan cuma sekali ganda, namun kenaikannya hampir menjangkau RM10. Rasanya berbaloi tak?
Kami sedar jenama susu formula itu bukanlah satu-satu pilihan yang ada di pasaran biarpun ia bukan barang kawalan.
Daripada sakit emosi berpendirian seperti segelintir rakyat negara ini gemar menyalahkan kerajaan setiap kali berlaku kenaikan harga barangan macamlah Malaysia sebuah negara berpaksikan sistem ekonomi sosialis, baiklah kami gunakan kuasa pengguna.
Bukan apa Bapak berpendapat apabila berlaku kenaikan harga tidak munasabah, yang perlu lebih 'ditekan' dan diberi 'pengajaran' ialah pengeluar (sektor swasta) barulah kena dengan konsep permintaan dan penawaran yang diamalkan dalam sistem ekonomi negara ini.
Kerajaan pula perlu dipastikan bertegas sebagai agen periksa dan imbang sistem pasaran dengan peruntukan sedia ada seperti Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010.
Pembelian susu jenama tersebut dihentikan dan digantikan dengan susu formula jenama lain tak kurang khasiatnya yang difikirkan pengganti terbaik dan sesuai untuk Khalish.
Alhamdulillah Khalish setakat ini tiada masalah dengan penukaran jenama susu formulanya...
Khabarnya susu kambing adalah yang terbaik. Dan kambing yang paling baik pula ada di Israel.
ReplyDeletePandai depa ya. Depa kempen susu lembu adalah yang terbaik, depa pula minum susu kambing yang lagi baik dari yang terbaik..
Bapak, Maria keje dgn unit kesihatan skrg ni... menurut bos2 yg pernah gi study kat oversea... kat sana tak susu utk baby, utk kanak-kanak, utk dewasa atau utk ibu mengandung... yg ada cuma susu tepung atau susu fresh milk... semua baby sampai golongan tua bole minum susu yg sama... yg beza susu lembu atau susu soya... kat sini je... jenama ntah macam-macam lepas tu banyak pulak jenis susu... jgn risau tukar susu... sama je base dari susu lembu / soya... yg penting anak minum susu utk kalsium membantu mereka membesar dgn tulang yg kuat... tulang ni nak pakai puluh tahun kan... :)
ReplyDeleteIM,
ReplyDeleteBapak pun pernah dengar begitu..
Maria,
ReplyDeletedah tukar pun..heheh