Malam Sabtu selepas solat Isyak, kami bergerak ke sana dari rumah mertua untuk menghadiri majlis Berinai Besar pasangan tersebut.
Teringat majlis Berinai Besar Bapak dan Orang Rumah Bapak tiga tahun lepas, kami pun pakai busana yang dinamakan baju Melaka dan diarak dengan iringan dentuman bunga api dan mercun.
Mak mertua beritahu kami tak 'dijulang' kerana bukan adat keluarganya yang digelar Melaka Pantai. Mak cakap keluarga Mak Chow (kakak sulung Mak Mertua) duduk di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan yang banyak dipengaruhi adat Perpatih.
Bapak perhatikan ada seorang lelaki pertengahan usia pekat loghat Nogorinya yang digelar Buapak ligat memberi arahan tentang adat-istiadat pada malam itu.
Tak dapat dibayangkan berapa orang diperlukan jika kami (terutamanya Bapak..hehe) perlu 'dijulang' dan berpeluhnya Orang Rumah memakai sanggul lintang seberat 3 kg di atas tudung kepala..hehhe...
Esoknya, selepas menghadiri majlis persandingan Hajar, kami pulang semula ke Ipoh.
berat le kepala.. he..he
ReplyDeleteKak Liza,
ReplyDeleteye la kot, Bapak x pernah pakai sanggul lintang..heheh..
seronok ape kalau dijulang, tapi sian kat org menjulang tu..hehe
ReplyDeleteMasa IM bersunat dulu, di julang juga ke tempat di mana tersedia batang pisang he..he..
ReplyDeleteIntan,
ReplyDeletebiasanye orang menjulang tu dah pernah dijulang dulu..heheh..
IM,
ReplyDeletewah, zaman Bapak dah x rasa semua tu...