Translate

Sahabat Bapak

Thursday, June 9, 2011

Pra tonton Cer Cerita Mamat Khalid

Bapak bukanlah kaki wayang tegar apatah lagi sejak bergelar ayah. Namun perlu diakui semua filem arahan Mamat Khalid kecuali yang pertama, Lang Buana Bapak tonton di panggung wayang.

Bukan obses sangat dengan adik Datuk Lat itu tetapi filem-filemnya agak dekat dengan Bapak. Latar dan jalan cerita banyak mengimbau kenangan Bapak semasa kecil. Dalam gelak, Bapak sedar mengertawakan perilaku diri sendiri dan masyarakat sekeliling pada zaman kanak-kanak yang mengarut tetapi dianggap biasa kerana telah menjadi ikut-ikutan...

Dipendekkan cerita, kelmarin Bapak berpeluang menonton previu siri televisyen terbaru arahan Mamat Khalid, Cer Cerita.
Cer Cerita ini mempunyai 13 episod yang bakal bersiaran di Astro Warna mulai 13 Julai depan.

Mengekalkan trademark komedi seram, hampir semua episodnya berkisar ketakutan manusia terhadap hantu yang tak bertempat. Akhirnya tersedar dan hantu pula menjadi bahan sendaan.

Majoriti pelakon-pelakonnya membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Kampung seperti Shy8, Man Kadir, Wan, Pekin dan Delimawati.

Episod yang dipertontonkan ialah Pak Man Degil. Secara ringkas ia mengisahkan Pak Man lakonan Man Kadir (Pak Jabit) yang terkenal dengan kedegilannya hingga tak mahu mati walaupun nyawa sudah dicabut.

Semasa orang kampung hendak membacakan surah Yassin, Pak Man yang degil buat selamba menonton filem P. Ramlee kegemarannya di televisyen. Bukan sebab dia bela hantu raya atau menuntut ilmu salah tetapi kedegilannya.

Hanya ada satu cara sahaja untuk melunturkan sikap degil itu....

Mamat Khalid ada pelawa (ajak-ajak ayam je kot...heheh) Bapak jadi pelakon extra dalam episod Cer Cerita yang membuat pengambaran di Kampung Sungai Raya, Simpang Pulai pada malam itu.

Tapi sebab hujan dan tak nak terjebak di lokasi pengambaran sampai Subuh sebab esoknya ada tugasan penting, Bapak tak pergi..heheh

6 comments:

  1. ala...nape bapak tak jd pelakon extra mamat khalid tu...kalo tak mesti bapak bakal glamer...kalah usop wilca tu...

    p/s:
    abg mamat takde buat casting utk filem rock 2 ke bapak?

    ReplyDelete
  2. ekkk... mana ada ajak ayam... nape tak pegi je... haih... len kali rezeki jgn ditolak...

    ReplyDelete
  3. cik panadol,

    xde ye glamer kalu setakat extra tanpa dialog..heheh..

    tentang Rock 2, x tahulah bila castingnya, tapi Mamat Khalid dah nak start shooting kt taiping ngan ipoh dlm masa terdekat...

    ReplyDelete
  4. Maria,

    kebetulan Bapak ada kerja penting kena uruskan esoknya.

    Bapak ni bukan jenis suka berembun, kalu tidur x cukup siaplah esk mamai sepanjang hari...heheh

    ReplyDelete
  5. Yong,

    erm..best. macam x tarik org jgn tutup astro warna pas Maharaja Lawak abis je kan...hehehhe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails