Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, June 1, 2011

Harapan terhadap Ipoh

Jumaat lalu merupakan ulang tahun ke-23 Ipoh menjadi bandar raya. Bapak sudah hampir 5 tahun menjadi warganya.

Kisah sejarah awal Bapak berhijrah ke bandar raya ini pernah di ceritakan dalam entri Tiga tahun Bapak di sini... Sewaktu Bapak sampai sudah tiada Super Kinta, Bazar Bulat dan Jubilee Park; semuanya telah menjadi sejarah...
Hari ini Bapak mengenang kembali ungkapan-ungkapan mengenai Ipoh yang pernah dengar sewaktu bulan-bulan awal menjejakkan kaki di sini :

"Kau tahu dulu orang datang Ipoh semata-mata nak tengok taman rekreasi, sekarang...." - pengamal media veteran

"Orang MBI ni suka berbasikal pusing-pusing Ipoh tapi sampah kiri-kanan jalan buat tak nampak sahaja," - Uncle pemandu teksi yang agak emosional apabila bercerita tentang mutu perkhidmatan PBT

"Macam bandar pencen sahaja Ipoh ni. Pukul 7 dah tutup kedai, mati kutu dibuatnya. Boring la, tak happening macam KL," - seorang rakan yang baru ditransfer ke Ipoh dari KL. Asal Kedah, baru jejak kaki ke KL apabila melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA di ibu negara tetapi lagak macam anak jati KL...heheh..

"Alahai klasiknya bangunan-bangunan di Ipoh ni' - pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke Ipoh.

"Misi pertama saya sebagai Datuk Bandar Ipoh ialah memastikan kebersihan bandar raya ini," -Datuk Mohammad Rafiai Mokthar, bekas Datuk Bandar Ipoh sewaktu hari pertama melaporkan diri sebagai orang nombor satu MBI pada 25 Julai 2006.

"Antara sasaran saya mahu pastikan kerap berlaku kesesakan lalu-lintas di bandar raya Ipoh kerana senario itu adalah penunjuk aras terawal saya berjaya membangunkan semula Ipoh," - Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, bekas MB Perak yang kehilangan jawatan selepas PRU-12.

"Bring back our glory," - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah

Perlu diakui sepanjang tempoh 5 tahun ini Ipoh telah banyak berubah dan semakin berkembang. Ada yang suka, ada yang rimas dan ramai juga yang lebih suka mengenang memori lama daripada memandang ke hadapan...

Sebagai warga, selagi diberi kesempatan, Bapak mahu terus memainkan peranan membantu menjadikan Ipoh yang lebih baik...

8 comments:

  1. esok mungkin nk ke ipoh... heheheh

    ReplyDelete
  2. Semalam kami solat Maghrib dan makan malam di Ipoh. Heheheh

    ReplyDelete
  3. cik bedah,

    welcome 2 ipoh! heheh...

    ReplyDelete
  4. ckLah,

    sepatutnya Bapak ada masa majlis Nuha tu semalam tapi apa nak buat, 'patah kaki' skrg ni..ambik cuti sesajer..heheh

    ReplyDelete
  5. eda lama duk di ipoh .. dari kecil sampai darjah 5 .. rinduuu jugak nak ke ipoh ..

    ReplyDelete
  6. Ieda,

    singgah la ke ipoh kalu kesempatan..

    ReplyDelete
  7. yeah~!! jum kita ramai2 g Ipoh :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails