Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, June 21, 2011

Hairuman : Selepas keluar hospital

Kisah Hairuman yang menjadi mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi amat menyentuh emosi.

Kejadian tragis ketika mengambil upah mengait kepala sawit itu November 2010 telah mengubah hidupnya. Tak terbayang penderitaan apabila 40 peratus badan hangus, kedua-dua tangan dan kaki kiri terpaksa dipotong bagi mengelak komplikasi.

Selepas terlantar hampir 6 bulan, Hairuman dibenarkan keluar hospital dan perlu mengharungi realiti kehidupan.

Dengan kelukaan yang masih belum sembuh, kulit Hairuman amat sensitif dengan haba dan cahaya.

Setiap 2 minggu dia perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Slim River untuk tempoh yang belum pasti, mungkin setahun, dua, tiga atau lebih.

Namun pemerhatian Bapak hari ini mendapati semangat Hairuman semakin pulih. Dia bukan sahaja redha dengan ketentuan Allah malah realistik tentang masa depannya.

Bagi Bapak kekuatannya banyak dibantu ahli keluarganya terutama kakaknya, Mayuni.

Kehilangan kedua ibubapa menyebabkan Mayuni cekal dan tekad berkorban untuk keluarga sejak belasan tahun lagi. Namun wanita itu tidak mengambil jalan singkat mengorbankan masa depan, pelajaran tetap diutama sehingga mampu melangkah ke menara gading.

Mayuni juga bertuah dikurnia suami yang memahami terutama ketika menghadapi ujian yang menimpa Hairuman.

Itu pengajaran yang Bapak dapat lihat selepas menziarahi keluarga ini hari ini. Semoga Allah melindungi mereka...

16 comments:

  1. simpati dengan dia...semoga dia, kakaknya dan keluarga tabah mghadapi dugaan ni....

    ReplyDelete
  2. Rupanya, susur galur masa depan kehidupan hairuman lebih getir berbanding AH. Namun keyword nya masih sama.. bersikap tabah dan positif.

    ReplyDelete
  3. cik panadol,

    doakanlah kesejahteraan mereka...

    ReplyDelete
  4. AH,

    ye, tabah dan positif. semoga kita dapat pengajaran...

    ReplyDelete
  5. berat sungguh dugaan yg menimpanya. moga Allah permudahkan lagi jalan kehidupannya dan menjadi peringatan buat kak liza agar lebih bersyukur dgn kehidupan sekarang.

    ReplyDelete
  6. Besarnya pengorbanan dan dugaan hidup yg harus di hadapi...baca kisah ni menyedarkan kita bahawa kita harus bersyukur dgn apa yg ada..

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah murahkan resekinya

    ReplyDelete
  8. Syabas kerana berjaya mengharungi segala macam dugaan....Dia dah diuji..kita ntah bila, untuk menguji keimanan...

    ReplyDelete
  9. Kak Liza,

    peringatan untuk kita semua...

    ReplyDelete
  10. Hani,

    kalau Hairuman sendiri tak mengeluh, siapalah kita nak mengeluh hanya kerana ujian kecil...

    ReplyDelete
  11. Fadzli,

    ujian tak semestinya semasa susah, ada yang sewaktu senang..itu yg ramai goyah...

    ReplyDelete
  12. macam macam dugaan yang dorang seekeluarga terpaksa harungi .....

    ReplyDelete
  13. Dah keluar hospital da eh.. kesiannye.. mude2 jd mcm ni.. hurmm.. klu xsilap sebaye cik rimau hairuman ni.. moge die tabah hadapi hari yg mendatang..

    ReplyDelete
  14. Jijah,

    doakan semoga mereka terus tabah...

    ReplyDelete
  15. Cik Rimau,

    dah dekat sebulan Hairuman keluar hospital..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails