Translate

Sahabat Bapak

Thursday, June 2, 2011

Meniarap stail kuak lentang

Ilhan sudah 7 bulan. Makin lasak dan suka buat lawatan sambil belajar di sekeliling rumah terutamanya ruang tamu.

Berbanding Khalish, Ilhan agak pendiam tapi pengerakannya lebih pantas. Senyap-senyap je sudah kaki tersangkut masuk ke bawah sofa atau sampai ke sliding door rumah.

Bergolek, berundur, mara ke depan, itulah rutin Ilhan setiap hari. Lokasi kesukaannya tempat Bapak meletak surat khabar. Sampai ke situ, dia akan suka menarik surat khabar terbabit untuk dikoyak-koyakkan sampai meniarap.

Dia juga sedang berusaha menaikkan badan dan punggung untuk merangkak.
Sejak akhir-akhir ini, Ilhan ada stail baru mara ke hadapan. Bukan meniarap tetapi melentangkan badannya. Kemudiannya dengan menggunakan kekuatan kaki dan lutut, dia menolak badannya ke hadapan. Ala-ala kuak lentang.

Ternganga Bapak dan Orang Rumah Bapak melihatnya. Makin lama makin laju, tahu-tahu kepalanya sudah terhantuk ke sliding door.

Ilhan terkejut dan mukanya mencebik. Secara spontan Khalish menjerit menyebut :

"Allah, adik..adik!" sambil melarikan mendapatkan Ilhan. Bapak dan Orang Rumah Bapak terkasima! heheh...

8 comments:

  1. hahahhaha..stail kuak lentang plak dah
    bakal perenang nih
    ekekekke

    ReplyDelete
  2. Hans,

    memang macam2 stail..hehe

    ReplyDelete
  3. IM,

    semoga terus dilindungi Allah selagi hayat dikandung badan...

    ReplyDelete
  4. Syuk Ry,

    senyap2 ubi kayu..heheh

    ReplyDelete
  5. ilhan dh besar leh jd perenang negara nih.. acara kuak lentang

    ReplyDelete
  6. Cik Bedah,

    er...Bapak ingat nak train Ilhan jadi player bola..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails