Semakin lama semakin rendah. Setahu Bapak memang ada sebuah sekolah penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang melatih polis dan tentera tetapi biasanya taman perumahan Bapak bukanlah laluan latihan mereka.
Bapak teringat beberapa kejadian helikopter terhempas termasuk yang terbaru meragut nyawa seorang pegawai polis di Malim Nawar pada Disember lalu.
Kejadian itu berlaku di bekas lombong tetapi ini di kawasan perumahan; kalau sesuatu buruk berlaku pasti impaknya lebih besar...
Senario helikopter terbang terlalu rendah itu seolah-olah menjadi tempat mendarat turut menarik beberapa penduduk lain termasuk penjual nasi lemak di bahu jalan.
Akhirnya helikopter itu mendarat di sebuah padang rekreasi yang kecil sahaja saiznya terletak berhadapan rumah Bapak.

Setelah berbual sekejap dengan beberapa penduduk termasuk seorang pakcik penjual nasi lemak, mereka memasuki kenderaan pacuan tersebut meninggalkan sahaja helikopter di tengah-tengah padang rekreasi terbabit.
Ada misi khas menyelamat pesakit ker tetapi kenapa helikopter itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan?
Bapak keluar dari kereta lalu mendekati pakcik penjual nasi lemak yang masih ralit melihat helikopter itu. Selepas bersalaman, dia memberitahu :
"Diorang ranjer hutan, tengah pantau hutan dekat-dekat rumah kita ni. Landing helikopter jap, nak pergi sarapan katanya," beritahu pakcik itu persis jurucakap Jabatan Hutan.
Mak ai, Bapak menepuk dahi. Teringat filem Los & Faun, Jasmin (lakonan Erra Fazira) beli sayur kat Cameron Highlands naik helikopter.
Ini lagi hebat, sarapan naik helikopter...heheh...
