Sudah dasar budak lelaki, Khalish suka bermain dengan kereta. Dari replika kereta kecil koleksi Bapak hingga ke kereta remote control pemberian atuknya (Ayah Bapak) , Khalish ralit bermain.
Namun Khalish dilihat agak ganas sedikit, bukan satu tapi banyak tayar replika kereta itu telah 'botak' ditanggalkan dan dicabut Khalish. Orang Rumah Bapak pesan usah dilarang, namapun anak lelaki...
Sejak-sejak akhir ini, Bapak dan Orang Rumah Bapak perasan Khalish gemar duduk menghempap kereta remote control sambil berusaha mengerakkannya dengan kakinya. (nasib baik kereta remote control yang pernah jadi milik Siddiq (adik ketiga Bapak) tu dah rosak.)
Melihat aksinya itu, kami bercadang untuk membelikan Khalish sebuah kereta mainan. Sampai di Kinta City, Khalish diberi peluang memilih sendiri kereta kegemarannya.
Mulanya dia rambang mata juga, semua hendak dicuba dan dibawa balik. Namun setelah Bapak bertegas, akhirnya pilihan dibuat.
Tapi apabila sudah berkenan, Khalish tak mahu berenggang pula dengan kereta mainannya itu. Sudahnya dengan dia-dia sekali diangkut ke dalam troli.
Bapak dan Orang Rumah Bapak buat-buat rilek apabila segelintir pelanggan pusat membeli-belah itu tersengih-sengih memandang aksi Khalish menunggang kereta mainan itu di dalam troli.
Sampaikan semasa pembayaran dibuat di kaunter pembayaran, cashier terbabit terpaksa mengtag tanda harga dari dalam troli kerana Khalish tidak mahu berganjak...heheh...
Kini hari-hari Khalish menunggang kereta mainannya di sana-sini di dalam rumah. Sampaikan nak 'melawat' adiknya, Ilhan yang tidur di bilik tidur belakang pun naik kereta. Nak ke dapur untuk basuh tangan lepas makan pun dengan kereta.
Itu tak termasuk membawa anak patung Orang Utan (dia panggil OU) berjalan-jalan keliling rumah dengan kereta barunya...heheh..
wah seronok la khalis dapat keta baru..
ReplyDeletebila anak kami besar nanti ntah kereta ape plak dia nak,bersedia le..hehe
Life Kami,
ReplyDeletebersedia sahajalah! heheh...
waa dah besar khalish dulu rasanya masa mula2 kenal bapak dia still bb kan .. semoga khalish jadi anak kebangaan ayah dan bonda ya :) sure suke sbb dpt keter yg boleh di isi dlm keter :))
ReplyDeleteIeda,
ReplyDeletememang Khalish suka kereta tu, pengangkutan rasmi dia sekarang ni! heheh...