Ilhan kini sudah berusia 4 bulan. Dia sudah boleh meniarap dan bergolek-golek. Kadang-kadang Ilhan berlawan siapa paling nyaring menjerit dengan abangnya, Khalish.
Dalam lawatan di klinik desa terbaru, berat Ilhan sudah 7 kg. Oleh kerana awal pagi dan Khalish masih belum sedar dari tidur, Orang Rumah Bapak sendirian memandu bersama Ilhan ke klinik desa yang letaknya tak sampai 3 km dari rumah.
Apabila Khalish tersedar, Bapak memandikan dan menyiapkan dia kerana sebaik sahaja Orang Rumah Bapak dan Ilhan kembali ke rumah setelah selesai urusan, kami hendak bersarapan di luar. Sesuatu yang jarang dibuat kerana Bapak lebih gemar bersarapan di rumah..hehhe..
Kami bersarapan Family Breakfast Box di Mc Donald. Bagi Khalish hash brown, pancake, memang kesukaan dia..Tak tolak walaupun sekarang dia dah mula memilih makanan...
Orang Rumah Bapak selalu gak buat pancake tuk Khalish, tuk Bapak lempeng je la tapi kena ada sambal bilis baru kick! heheh...
Bapak minum teh, Orang Rumah minum kopi, Khalish minum air kosong, Ilhan minum susu ibu sahaja...heheh...
bestnye sarapan... lama dah tak gi sarapan McD... hubby tak suke dia kata tak kenyang... ;p
ReplyDeleteMaria,
ReplyDeletekenyang2 kenyang rasanye tapi x tahan lama, sekejap je lapar balik...heheh..
sarapan kat McD?....errmm..saya lebih prefer di kedai mamak..sbab rasa tak cukup woo portion McD...lagipun ianya sedap..jadi sikit tak cukup..muehehheehe
ReplyDeleteNik,
ReplyDeletekedai mamak? masa bujang dulu, sarapan, lunch & dinner semuanya di kedai mamak...masih overdose rasanye, tolongla..heheh