Translate

Sahabat Bapak

Monday, March 7, 2011

Khalish : Racun & Penawar

Sejak beberapa hari lalu, Bapak rasa penat...penat mental, emosi dan fizikal...

Macam tak larat ngadap peel Khalish yang setiap malam ngamuk dan menangis tak tentu pasal biarpun halnye kecil je. Makin dipujuk makin kuat lalakannya, tak dipujuk tangisan tak berhenti-henti sampai ke pagi. Siap buat aksi-aksi badan yang dibimbangi membahayakan dirinya.

Ilhan yang baik perangai tengok je aksi abangnye dari jauh...

Yela Khalish baru berumur setahun 9 bulan, sebutan pertuturan tak berapa nak betul lagi. mungkin itu cara dia nak tarik perhatian dan tunjuk ekspresi diri tapi Bapak yang sudah sedia penat dengan faktor-faktor luaran, rasa-rasanya makin berada di tahap stress...

Apapun kekalutan ini perlu diselesaikan segera. Semalam Bapak isi borang cuti, seminggu mulai hari ini.

8 comments:

  1. demi anak.. selamat berjuang bapak..

    ReplyDelete
  2. cik bedah,

    insyaallah, terima kasih bebanyak atas kata2 perangsang itu..

    ReplyDelete
  3. berehatlah betol² bapak..;)

    ReplyDelete
  4. wan,

    memang nak berehat betol2... :)

    ReplyDelete
  5. khalish tengah iri hati tu... bapak asyik puji Ilhan je... ;p

    hati-hati ye... puji anak ok... tp jgn selalu banding-banding... ini Maria kena sendiri... bila anak tu dah bengang dia sebut 'Mama ni semua kita salah, kakak je baik'... mmm... mengucap panjang masa dengar ayat tu... kdg kita tak perasan apa yg kita cakap mengguris perasaan anak...

    anyway... selamat bercuti...

    ReplyDelete
  6. Maria,

    terima kasih atas ingatan...

    ReplyDelete
  7. Selamat Bercuti! Kak Myza pun nak bercuti jugak! Dah terlalu stress, sekarang BP dah kerap naik! So, mmg nak kena rehat masa cuti sekolah ni!

    ReplyDelete
  8. Kak Myza,

    sama2 kita berehat, risau kt BP gak!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails