Pemeriksaan pakar telinga, hidung dan tekak hospital berkenaan mengesahkan radang sinus atau dalam istilah Melayunya resdung Mama semakin kronik.
Ia sudah menanah hingga dikhuatiri hampir memasuki otak dan sehubungan itu pembedahan untuk membuang nanah resdung itu yang terdapat di dalam rongga hidung perlu dilakukan segera.
Pakar perubatan itu memberitahu masalah kesihatan yang menimpa Mama ketika dimasukkan ke hospital pada awal November lalu adalah antara simptom-simptomnya.

Rancangan itu diberitahu kepada Bapak dan Mama menyatakan hajat untuk berjumpa dengan cucu sulungnya, Khalish semasa percutian tersebut.
Hari itu selepas tamat waktu bekerja di pejabat, Bapak terus menjemput Orang Rumah Bapak dan Khalish lalu menuju Pulau Pinang dalam keadaan hujan lebat.
mmmm... semoga operation tu berjaya... lepas ni Mama kena jaga makan ye... jgn ambil benda2 yg boleh merangsang sinus lagi... take care...
ReplyDeletesemoga semua selamat...
ReplyDeleteKak Ejamaria,
ReplyDeleteterima kasih. memang Mama kena jaga makan lepas ni...
Abu Aiman,
ReplyDeleteinsyaAllah, terima kasih.