Semasa di Pulau Pinang tempoh hari, Ayah teringin makan ikan bakar di sebuah restoran makanan laut di Teluk Tempoyak, Bayan Lepas.
Ayah memberitahu beliau pernah di tempat itu sekali dan ingat-ingat lupa jalan untuk ke sana. Tanpa sebarang bantuan gajet moden dan ingatan Ayah yang tak berapa nak ingat, kami berangkat dari Batu Feringgi ke Teluk Tempoyak.
Seperti diduga kami sesat, tambah kalut, Khalish pula meragam sepanjang perjalanan...
Menurut Ayah, restoran makanan laut itu terletak di kawasan teluk yang agak pendalaman dan sunyi. Memang kami ada jumpa tempat sebegitu tetapi yan jumpa cumalah sebuah tokong Cina dan pusat pendaratan ikan yang menyeramkan.
Setelah bantuan kawan-kawan Ayah yang dihubungi melalui telefon tak berapa menolong, Bapak secara sukarela turun kereta untuk bertanya kepada beberapa penduduk setempat.
Akhirnya, setelah beberapa jam berlegar-legar, kami sampai juga ke Teluk Tempoyak. Petanda paling mudah ialah Muzium Perang.
Walaupun agak lewat malam dan Mama kena berpantang daripada makanan yang boleh merangsang sinus, kami memang agak berpuas hati dengan hidangan malam itu kerana kebanyakan segar.
Menikmati makanan laut sambil ditiup bayu laut memang mendamaikan...(ayat poyo jer..heheh)
Perancangan untuk pulang ke Ipoh pada malam itu terpaksa Bapak tangguhkan ekoran sudah lewat malam dan kasihankan Khalish (Bapak pun dah mengantuk sebenarnya..heheh). Maka anak sulung Bapak itu berpeluang bermanja dengan Atuk dan Nendanya sehingga awal pagi keesokannya.
No comments:
Post a Comment