Translate
Sahabat Bapak
Monday, September 14, 2009
Abang Khalish?
Sewaktu Khalish baru lahir kira-kira empat bulan lalu ramai yang tumpang gembira termasuk dua orang kawan Bapak yang boleh digelar abang, Lam dan Zabidi.
Pad suatu hari kami berbual, mereka berdua sepakat mengatakan Bapak cepat dikurnia cahaya mata kerana macam baru Bapak dan Orang Rumah Bapak berkahwin.
Bapak cuma bersenyum dan mengatakan itu rezeki Allah dan masanya agak agak sesuai kerana Khalish lahir ketika Bapak dan Orang Rumah Bapak hampir genap setahun diijabkabul.
"Anak pertama tak nak rancang-rancang. Masyarakat kita ni susah, selagi takde anak selagi itulah diorang bertanya. Anak kedua baru nak rancang," jawab Bapak.
Tapi Lam macam tak setuju rancangan Bapak nak merancang kelahiran anak kedua dan selanjutnya.
"U tak payah rancang-rancanglah. Dulu saya macam U juga, lepas lahir anak sulung fikir nak plan lah. Last-last dia tu seorang anak lah anak tunggal kami.
"Macam-macam sudah cuba tapi bini saya tak beranak-beranak lagi. Itulah merancang sangat sampai 'rezeki' pun jadi mahal," luah Lam yang mempunyai seorang anak lelaki berusia belasan tahun.
Zabidi cuma bersenyum dan menceritakan pula pengalamannya.
"Biasanya jarak anak pertama dan kedua ni susah nak rancang. Kita punya rancang tapi selalunya 'teraccident' punya lah. Apabila anak ketiga baru boleh sebab dah ada pengalaman," katanya.
Sejak akhir-akhir ini Bapak asyik teringat semula perbualan itu. Satu lagi perbualan yang Bapak turut terkenang ialah peringatan doktor pakar bidan apabila kami membuat keputusan untuk merancang menjarakkan kelahiran anak menerusi kaedah kitaran biologi.
"Saya tahu u'll ada knowlegde tu tapi orang muda biasanya tak disiplin, lama-lama boleh 'tertangkap' juga," katanya.
Yang menyebabkan Bapak teringat perbualan terbabit apabila Orang Rumah Bapak beritahu baru-baru ini tentang berita 'kelewatan'. Semua panik, Bapak panik, Orang Rumah Bapak panik, Khalish pun rasanya panik gak.
Bapak pun nak menolak 'rezeki' tapi rasa bersalah kerana sebagai ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan caesarean, keadaan fizikal dan mental Orang Rumah Bapak belum stabil manakala Khalish pula baru empat bulan beb.
Bapak juga risau dilabel tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri sedangkan Bapak benar-benar disiplin dalam hal ini.
Alhamdulillah masalah 'kelewatan' itu selesai dua hari lalu. Bapak dan Orang Rumah Bapak menghela nafas lega. Khalish pun yang sebelum ni asyik mencebik je, dah semakin bersemangat minum susu dan rajin bercakap; cam gembira saja...hehehhe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Khalish belum nak adik lagi kot...sbb tu jadik gitu...heheheh..
ReplyDeletePe pun..saya rasa biarlah org umah bapak "rehat" dari beranak dulu.. Saya pun beranak 'ikut tingkap' gak. Mmg amik masa sikit nak baik..Bukan fizikal aje...mental pun sama gak.
Sian wooo org umah bapak..
Demi kebaikan bersama. Sila rujuk pakar.dan jgn lupa amik kira perasaan org umah jugak.
Walopun semua kuasa tuhan...skurang2nya..kita dah lakukan yg terbaik tuk kebaikan banyak pihak...Bapak..Org Umah..dan Khalish
Salam Bapak ...
ReplyDeleteOklah.. cuma kelewatan sahaja . Pasni kena ambil langkah berhati-hati okeh . Utk kebaikkan Orang Rumah ( operation ) dan Khalish yang masih menyusu .
Lainlah Kak Linda , anak tersusun paku sbb semuanya dilahirkan secara semulajadi .hehe
Skrg nie kami dah plan nak tambah sorang lagi . Bila anak2 dah besar, rasa rindu pulak nak ada baby .
kalau macam tu, kena "jaga2" , kang lain jadinya...plan betol2....he3x.
ReplyDeleteanak kami ikut pakej! 1&2 - jarak - 3%4 - jarak - 5 ( dah macam tercicir - jauh jaraknya dengan no 4 )...first 4 tak rancang pun...dah rezeki macam tu...
kes kawan tu ,lebih kurang sama dengan kawan akak - rancang punya rancang - dah susah nak dapat - tatau berapa banyak kali cobaaaannn!!!
Salam Bapak..
ReplyDeleteAnak2 itu rezeki dan anugerah..DAN tak perlu risau tntg bekas operation ceasarian tu sbb Allah lebih tahu tntg kuasa CiptaanNYA dan kenapa IA mengkehendaki terjadi sebegitu..kita harus yakin bhw Allah itu berkuasa atas segalanya dan setiap roh yang ditiupkan kedalam jasad janin itu mmpunyai rezeki masing2 yg telah ditentukan oleh Allah dan tak mungkin akan terjadi tanpa kehendakNYA..
Seandainya ada lagi dimasa hadapan terimalah dengan redha dan yakin bahawa apabila Allah berkata jadilah..maka ia akan menjadi spt yg dikehendakiNYA DAN ALLAH lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2NYA...Kita hanya Merancang tapi Allah jua yang menentukanNYA..
Kak Yan,
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat itu. Bapak percaya dari pengalaman Kak Yan sendiri..
waa..terasa cam Bapak tak prihatin pada orang rumah ngan Khalish jer...biarlah Bapak ulang semula para ke-14 n3 ni..
"Bapak juga risau dilabel tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri sedangkan Bapak benar-benar disiplin dalam hal ini"
Bapak benar2 disiplin tau..heheh
Salam Kak Linda,
ReplyDeleteBapak doakan plan Kak Linda & hubby berjaya!
Kak Sonata,
ReplyDeleteBapak pun harap x jadi cam Lam tue, xkan nak biarkan Khalish sorang2 xde kawan..hehehhe...
Kak Zai,
ReplyDeleteBapak pun yakin setiap anak telah Allah tetapkan rezekinya...
rezeki
ReplyDeletecepat dpt anak eh...
tunggu isteri benar2 ok
baru dptkan yg 2nd k...
bile la turn kite lak..
lalalala..
selamat hari raye....
Intan,
ReplyDeleteinsyaallah tak lama lagi tu. Bapak doakan tuk Intan & hubby.
anyway sudi ziarah Bapak & selamat Aidilfitri.