Translate
Sahabat Bapak
Sunday, September 13, 2009
Khalish dan Baju Raya
Ramadan semakin hampir ke penghujungnya dan insyaallah Aidilfitri akan menjelma kira-kira tujuh hari lagi.
Jika tahun lepas pertama kali meraikan Aidilfitri berdua bersama orang rumah, tahun ini bertiga pula. Sudah pastilah persiapan menyambut hari lebaran itu banyak ditumpukan kepada Khalish.
Baru-baru ini Bapak dan Orang Rumah Bapak membawa Khalish membeli-belah buat pertama kalinya. Destinasi kami ialah sebuah pusat membeli-belah; lokasi sama kebanyakan persiapan kelahiran Khalish dibeli dulu.
Agak mencabar juga kerana Khalish jenis yang tak suka statik, baring atau diikat sesuatu dalam jangka masa lama; mesti meronta-ronta nak keluar. Oleh itu penggunaan alat bantu tidak begitu berkesan..heheh... Oleh itu aktiviti menjejak baju raya Khalish itu perlu dilakukan dengan pantas.
Maklumlah pertama kali beli baju raya untuk anak, rambang mata gak Bapak dan Orang Rumah Bapak. Khalish pula hampir semua baju yang ditunjukkan kepadanya digenggamnya kuat-kuat; berkenan lah tu...heheh
Macam diduga lebih sejam setengah berkeliaran di pusat membeli-belah, Khalish mula menunjukkan rasa tak selesa dan mula merengek. Nasib baik baju raya dia hampir siap dipilih, tunggu nak bayar je. Terpaksalah aktiviti memburu baju raya ibu Khalish ditunda pada hari lain.
Selang lima kemudian, kami meneruskan pencarian baju raya Orang Rumah Bapak. Walaupun ada beberapa helai kain yang masih belum dijahit tapi sebab Orang Rumah Bapak hanya habis pantang pada awal Ramadan, tiada siapa yang sudi terima tempahan lagi pada masa itu. Kenalah beli baju kurung yang pasang siap sahaja..
Kali ini kami dah belajar perangai Khalish, sesi membeli-belah berjalan lancar pada masa ditetapkan. Cuma tinggal baju raya Bapak saja tak beli lagi.
"Bila nak off lagi ni, " kata Bapak sambil merenung almari baju dengan sayu...hheheheh
Labels:
keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perrgghh...dah beli baju raya anak tuh!
ReplyDeleteZakat skang pun dah tiga kepala pak!
shopiing kat mana
ReplyDeleteSeronok Khalish dah dapat baju raya ya... tinggal nak tunggu duit raya la ni...
ReplyDeleteDaddy,
ReplyDelete2 tahun dulu, seorg, tahun lepas, 2 org, tahun ni 3 lak..hahha
Krasz,
ReplyDeleteKhalish kat Kinta City, ibunya kat Greentown Suria..heheh
Kak Zara,
ReplyDeleteduit raya? Khalish semua dia suka..hehhee
Pengalaman akan mengajar kita segala2nya...tp pengalaman itu la yg akan kekal diingatan kita...termasukla pengalaman membeli persiapan raya ni...hahahaha!
ReplyDeleteye, semua yang dilalui kita biarpun kecil mahupun besar adalah pengalaman..heheh
ReplyDelete