Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, August 18, 2009

Bisnes Masyuk!


Baru-baru ini Bapak menerima emel daripada individu tak dikenali seperti dibawah :

Apa khabar? Diharap tuan sihat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana.

Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan. Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.

Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar, fizah Abdullah

Setelah diperiksa, draf emel yang hampir sama pernah menggunakan nama 'pengenalan' lain seperti Katijah Siti dan Mia Karmila.

Hebat scammer ini, macam-macam cara nak tipu duit orang. Silap besarlah dia kalau ingat Bapak boleh makan umpan dia.Tak tahulah jika ada yang terperangkap dengan tawaran 'bisnes' ini.

Empat tips untuk elak daripada jadi mangsa jenayah siber ialah baca emel dengan teliti, nilai setiap risiko dan jangan tamak dan jangan layan; padam emel tersebut.

Oklah, persoalannya, macam mana emel scam boleh terlepas daripada tapisan emel syarikat Bapak? IT Department, please alert!

6 comments:

  1. Yup ! kena berhati-hati email sebegini . Yang penting jangan TAMAK !

    ReplyDelete
  2. Bapak,

    Kak tirana pun pernah terima email yang macam ni. Kadang2 terfikir, mereka ni tak rasa guilty ke dengan menipu orang..Banyak lagi jalan lain yang halal untuk mendapatkan duit.

    ReplyDelete
  3. SAlam Bapak..

    Kak Zai terima email camni hampir saban hari..tapi butakan mata pekakkan telinga jer sbb tahu dah ramai yg jadi mangsa dan masih ramai yang akan jadi mangsa kalau tak disebarkan berita seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Kak Linda,

    yup, jangan tamak! kita perlu bijak membezakan antara peluang dan perangkap...

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,

    tu masalahnye jika hidup tak berpaksikan agama. tak pikir halal ker haram, yang penting survival hidup & kemewahan.

    Bapak percaya sebanyak mana pun keuntungan yang diperolehi daripada menipu orang, mereka tidak akan mendapat ketenangan hidup..

    ReplyDelete
  6. Kak Zai,

    yer butakan mata & pekakkan telinga. umpan mereka takkan mengena kalau tiada siapa yang menyambut

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails