Bapak sampai di kampung di Masjid Tanah, Melaka pada 22 Ogos lalu bersamaan 1 Ramadan. Setelah dapat berpuasa sehari bersama keluarga mertua, kami bergerak ke rumah keluarga Bapak di Petaling Jaya untuk berbuka dan bersahur di sana.
Seperti jangkaan, 'perpisahan' Khalish dengan nenek dan atuknya agak mengharukan. Malah moyang Khalish juga menitiskan air mata. Memang benarlah kasih dan sayang pada seorang cucu terlalu mendalam dan lain macam...

Pada 25 Ogos misi diteruskan dengan membawa Khalish pulang ke Ipoh. Kami bertolak seawal 10 pagi. Jika dulu Bapak pecut selamba je di lebuh raya, kini dengan adanya Khalish, Bapak kena mengawal sedikit had laju. Juga kena berhenti di beberapa hentian rehat untuk membolehkan Khalish berehat, menyusu dan bertukar lampin.
Selepas seminggu di rumah 'sebenarnya', Khalish semakin menyuaikan diri, tak macam hari pertama, sekejap pandang kanan, pandang kiri; memerhati sekeliling suasana barunya.
Cuma Bapak sahaja yang masih belajar untuk menyesuaikan diri menjadi seorang ayah. Walaupun Orang Rumah Bapak agak rilek, Bapak akui ia agak mencabar. Jika dulu banyak dibantu keluarga terutamanya Ayah Mertua dan Mak Mertua, kini semua tugasan kena dilakukan kami berdua sendiri.

Paling mencabar apabila tiba waktu berbuka.Jika sebelum ini Khalish suka tidur pada masa tersebut tapi sekarang, tempoh itulah dia paling suka berjaga, bermain dan minta dilayan. Jika tidak diperduli, faham-faham sahaja reaksi dia...
Bapak dan Orang Rumah Bapak kena belajar berbuka dengan kadar segera dan bergilir-gilir melayan Khalish sambil berkejar untuk mengerjakan solat. Hai, asam garam seorang ibu bapa..heheh