Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, November 9, 2010

Nama adik Khalish


MUHAMMAD ILHAN AMSYAR. Itulah nama adik Khalish.

Sebenarnya kami hanya mengetahui jantina adik Khalish kira-kira seminggu sebelum kelahirannya. Bukan tak scan, selalu scan tapi setiap kali scan anak kedua kami sentiasa berjaya mengepit paha menyorokkan status jantinanya...hehe..

Sehubungan itu, Bapak dan Orang Rumah Bapak sepakat menyenaraikan tiga nama pilihan masing-masing untuk bayi lelaki dan perempuan.

Antara tiga nama itu, sejak awal-awal lagi kami berkenan dengan satu nama dari setiap kategori bayi lelaki dan perempuan dan apabila yang keluar bayi lelaki, maka Muhammad Ilhan Amsyar lah yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

MUHAMMAD - sempena nama Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Awalan nama Bapak dan Khalish pun begitu. Bapak dan Orang Rumah Bapak menetapkan setiap anak lelaki kami perlu ada awalan Muhammad

ILHAN - cerdik, memahami

AMSYAR - yang cergas, bersemangat

Bapak memanggilnya Ilhan. Nama adalah doa, semoga dia mudah dibimbing memahami dan cerdik membezakan antara hak dan bathil. Sentiasa bersemangat memberi sumbangan bermakna terhadap diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Itu harapan kami.

6 comments:

  1. sedap nama die...smoga menjadi org yg cerdik illhan...

    ReplyDelete
  2. sedap nama tu..ilhan amsyar...sedap..sedap..sedap

    ReplyDelete
  3. Nik Hakimah,

    Ilhan Amsyar tu kredit kat ibu dia pasal padankan dua perkataan tersebut menjadi satu nama yg indah..

    ReplyDelete
  4. Maria,

    :) adik Luqman nanti leh letak nama Ilhan jugak kot...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails