Translate

Sahabat Bapak

Friday, June 19, 2009

Warkah Untuk Ayah (Sempena Hari Bapa)

Ayah...

Berlemah-lembut, itulah yang membuatkan perasaan sayang saya pada ayah semakin menebal. Tapi, ayah perlu juga bertegas pada keadaan-keadaan tertentu, saya akan berasa lebih selamat jika diperlakukan begitu.

Jangan ayah biarkan saya terus-menerus berkelakuan buruk. Tegurlah secepat mungkin supaya saya tidak lalai. Tapi, jangan marah saya di depan teman atau rakan sekolah. Jangan malukan saya di hadapan mereka.

Ayah,

Jika selama ini saya sering melakukan kesilapan, jangan menganggapnya sebagai suatu dosa. Saya perlukan pengertian. Perlukan juga bimbingan. Bukan penghakiman, bukan juga hukuman.

Jangan ayah cuma mencari-cari kesalahan saya kerana lama-kelamaan saya akan menjadi bosan dan tidak mahu lagi mendengar kata-kata ayah lagi. Saya perlukan galakan, bukan marah-marah.

Jika saya bertanya, jawablah setakat yang ayah tahu. Saya tidak perlukan jawapan; "Nanti dulu" atau "Ayah tiada masa". Jika itu jawapan yang saya terima, cukup setakat itu. Saya akan mencari jawapannya daripada orang lain. Boleh jadi teman-teman atau sesiapa sahaja.

Seperkara lagi, jangan beritahu saya, ayah manusia sempurna. Itu hanya akan mengecewakan saya jika saya dapati ayah tidak begitu.

Yang benar,

Anakmu

7 comments:

  1. Happy Father's Day to Bapak! Moga hari ini hari yang bermakna buat bapak dgn hadirnya Khalish ke dunia ini!

    ReplyDelete
  2. Kak Linda & Kak Tirana : terima kasih

    ReplyDelete
  3. Kak Myza : terima kasih kak. Tahun ni Bapak sambut Hari Bapak sama Khalish kat kampung :)

    ReplyDelete
  4. Saya suka ngan N3 ni..luahan hati ke...atau memang penah kena marah depan org nih??ngeh3X

    ReplyDelete
  5. Kak Yan : hehe....ia merupakan munasabah tuk Bapak dan penunjuk aras tuk Khalish..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails