Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, June 9, 2009

Kerbau Untuk Khalish


Alhamdulillah, keluarga Bapak selamat mengadakan majlis akikah untuk Khalish pada 30 Mei lalu.

Seekor kerbau tumbang untuk menyatakan kesyukuran atas kelahiran cucu sulung untuk kedua-dua keluarga Bapak dan Orang Rumah Bapak.

Sebenarnya Bapak merancang untuk menyembelih dua ekor kambing sempena kelahiran anak lelaki tetapi sudah hajat Ayah Mertua Bapak, kerbau menjadi galang gantinya.

Balik sahaja Bapak dari menjenguk Siddiq pada lewat petang Jumaat, sudah tertambat seekor kerbau di pokok rambutan depan rumah nenek.

Esoknya, tepat pukul 8 pagi, Bapak sudah berada di bawah pokok rambutan itu seperti pesanan Ayah Mertua Bapak sehari sebelumnya bagi menyaksikan proses menyembelih kerbau berkenaan.

Sejurus Bapak membacakan nama-nama yang diniatkan untuk upacara akikah itu termasuk dua bahagian untuk Khalish, tukang sembelih menjalankan peranannya.

Tak sampai setengah jam, tukang sembelih yang sudah berusia 70-an dengan bantuan anaknya berusia 30-an siap melapah anggota badan kerbau terbabit.
Sebahagian daging akikah itu dimasak asam pedas untuk hidangan sanak-saudara dan jiran-jiran yang bergotong-royong menyiapkan persiapan perkahwinan Echa.

Sementara sebahagian tulangnya pula dibuat sup untuk santapan tetamu yang menghadiri majlis berinai besar pada sebelah malamnya.

HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :
  • sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
  • untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah
  • bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan
  • mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat
  • sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa dengan anak
  • menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
  • mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

8 comments:

  1. Alhamdulillah..selamat dah Khalish di aqiqah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tertunai sudah aqiqah...tp napo sorang kerbau lak...hihihi!

    'Seorang kerbau tumbang untuk menyatakan kesyukuran atas kelahiran cucu sulung untuk kedua-dua keluarga Bapak dan Orang Rumah Bapak.'

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Khalish pun dah diaqiqahkan! Moga Khalish akan menjadi seorang anak yang soleh kelak,Amin...!

    ReplyDelete
  4. Bapak,
    Syukur..selamat sudah..

    ReplyDelete
  5. syukur..

    rasa legaaaa and lapang dada kann..

    Moga Khalish membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  6. Hahahaha...SEORANG KERBAU? Ko ingat bahasa Filipina ke?

    Anyway syukkur!!!

    ReplyDelete
  7. DUN & Daddy : terima kasih lah kerana tegur kesalahan penjodoh bilangan utk kerbau tue..betul2 Bapak tak perasan..heheheh

    kesilapan teknikal tue dah diperbetulkan.

    nasib baiklah Bapak buat silap kat blog kalu masa keja mahu kena dapat notis transfer 24 jam nie..heheh..silap2 kena tukar masuk dept grafik...hheheh

    ReplyDelete
  8. Kak Tirana, Kak Myza, Ana & Kak Linda :

    terima kasih. Syukur, lega hati Bapak dah tunai ibadah sunat muakkad tuk Khalish. Alhamdulillah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails