Translate

Sahabat Bapak

Sunday, June 7, 2009

Budak Matrik

Dalam entry Kenangan UPU, Bapak pernah ceritakan adik ketiga Bapak, Siddiq telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Sepatutnya beliau mendaftar 27 Jun ini dan Bapak sudah pun mohon cuti pada hari berkenaan untuk menghantar Siddiq.

Namun nampaknya rezekinya bukan di situ, Siddiq telah selamat menjalani fasa kehidupan baru sebagai pelajar Matrikulasi Melaka di Londang, Masjid Tanah pada 25 Mei lalu.


Sebenarnya adik Bapak ni terpilih menerusi pengambilan kedua Matrikulasi dan tawaran tersebut hanya diketahui tiga hari sebelum hari pendaftaran.

Kelam-kabut jugalah Ayah dan Mama sediakan persediaan untuk Siddiq yang nampaknya lebih berminat mengikut jejak Bapak menjadi pelajar Matrik.

Kebetulan Matrikulasi Melaka di Londang letaknya kira-kira empat kilometer dari rumah Mertua Bapak. Sukalah hati Mama,dalam tiga bulan ni, ada alasanlah nak selalu turun Melaka. Selain tengok-tengokkan Siddiq, boleh jenguk cucu sulungnya sekali. kira cam 2+1 lah.

Petang 29 Mei lalu semasa Bapak balik Melaka, sempat Bapak jumpa adik Bapak tu. Lagipun Mama dah pesan awal-awal, jenguk Siddiq.

Sampai sahaja Bapak di kolej penginapan, Siddiq sudah menunggu dengan kemas berkemeja, siap bertali leher serta pas kebenaran keluar masuk di genggaman tangan.


Menyedari Bapak pandang beliau atas bawah tak henti-henti sambil bersengih-sengih kambing, adik Bapak segera jelaskan :

"Ni kod pakaian kat sini kalau nak keluar. Lelaki kena berkemeja dan bertie, perempuan pula berbaju kurung."

Seingat Bapak masa Bapak jadi pelajar Matrik tahun 1998 dulu, takde pun peraturan cam tu....hehehhe

Bapak ajak Siddiq jalan-jalan pekan Masjid Tanah. Tunjuk jalan, lokasi stesen bas, bank, restoran dan lain-lain di pekan itu. Bukan apa, budak tu mana pernah keluar area KL dan PJ, takut kena kejutan budaya pula nanti..hehheh

Tapi kalau teringin nak turun bandar Melaka, pepandai lah sendiri yer...heheheh

2 comments:

  1. ala , bapak .. bdk2 nie mula2 jer tak reti .. pas tu dia lebih terror !

    ReplyDelete
  2. betul tu ASE1. Bapak setuju..hehhe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails