Translate

Sahabat Bapak

Friday, May 1, 2009

Menghitung Hari

Kandungan bayi sulung Bapak kini sudah berusia 8 bulan ++. Pendek kata Orang Rumah Bapak hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan. Bapak menghitung hari tersebut dengan perasaan bercampur baur dan berdebar-debar.

Bapak dan Orang Rumah Bapak mula membuat persediaan serba sedikit untuk bayi yang bakal lahir. Sebab ini pengalaman pertama kami, kebanyakan senarai barang keperluan bayi perlu dirujuk daripada pelbagai sumber.

Antaranya :
a) Nasihat daripada ibu bapa daripada kedua-dua belah keluarga
b) sumber buku, majalah serta internet
c) blog kawan-kawan yang sudi berkongsi pengalaman
d) kenangan lampau..hehhe (Bapak cuba mengingatkan persiapan Ayah dan Mama untuk menyambut kelahiran adik ketiga. Sebab masa tu Bapak umur 11 tahun dan persiapan rasanya jauh lebih rapi daripada adik bongsu sebab jarak adik kedua dengan ketiga lebih 9 tahun. Semua kena beli baru)

Selepas itu, melilau kami mencari kedai untuk membeli semua barangan tersebut, kebanyakan di beli di sekitar bandar raya Bapak dan Orang Rumah Bapak tinggal.

1. Kelengkapan tidur - di sebuah kedai barangan kekabu di UIu Kinta

2. Pakaian - sebuah pasar raya besar di Medan Ipoh


3. Peralatan mandi dan lain-lain - sebuah kedai kelengkapan bayi di Greentown


4. Keperluan ibu berpantang - sebuah pusat pengedaran barangan di Batu Berendam, Melaka

6 comments:

  1. Bapak,
    Tahniah untuk bakal Mama dan Papa ni.. Mak ai.. lain-lain tmpt ye beli barang.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahhhhhh..seronoknya membeli barang2 baby..Kak tirana dah lama dah tak beli barang2 baby...dah 7 tahun..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Bapak..

    Hmmmm.. Teringat time membeli barang2 baby utk sarah dulu...

    Kalau saya dulu ikutkan hati.. segala supermarket nak diborong.. hahaha..

    Apa2 pun.. fikir keperluan.. bukan kehendak.. and semoga segala2nya berjalan dengan lancar.. Insya Allah..

    :)

    ReplyDelete
  4. Salam bapak! semoga semuanya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi, insyaallah! Tenangkan fikiran, jangan sampai dia naik darah tinggi pulak! Semoga semuanya selamat, insyaalah!

    ReplyDelete
  5. Kak Ana, Kak Tirana, Kak Isma & Kak Myza :

    Salam. terima kasih...walau agak rilek mulanya tapi sampai kat kedai2 baby tu, rambang mata jugak Bapak...heheh

    insyaallah segalanya akan selamat dan lancar. doakanlah yer!

    ReplyDelete
  6. salammmmmmm.....
    Wah tak lama lagi tmang baby lah yerrr... selamat menjadi ayah dan ibu..
    Anda telah di tag...ambik soalan kat blog yerr..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails