Translate

Sahabat Bapak

Thursday, October 6, 2011

Tak dapat outdoor, indoor pun jadilah...

Semalam Bapak cuti rehat mingguan. Pagi-pagi Bapak keluar rumah untuk menghantar kereta ke spa (servis kereta da...).  Bengkel kereta tu bukan jauh, depan rumah sahaja.

Khalish dan Ilhan yang ingat Bapak nak berjalan kecoh nak ikut. Khalish menjerit-jerit : "Nak kuar, nak kuar" sementara Ilhan buat 'drama' berpaut dan mengoncang-goncang gerigi besi seraya buat muka kasihan...

Untuk meredakan protes kedua-dua beradik itu, ibu mereka memandai menabur janji manis, kami sekeluarga akan bersiar-siar mengambil angin pada sebelah petang.
  Mahu tak mahu janji tersebut ditunaikan selepas solat Asar. Mulanya nak bawa dua beradik itu bermain di taman permainan di Padang Polo tetapi malangnya cuaca gelap dan tidak lama kemudian hujan mula turun...
 Alternatif lain dicari, kami ke sebuah pusat membeli-belah di Ipoh ni. Kebetulan medan seleranya ada ruang permainan kanak-kanak.

Ralit Khalish bermain, Ilhan pun tak nak kalah. Apabila sudah asyik bermain, nak ajak balik punyalah payah. Jalan penyelesaian bagi upah makan donut dan aiskrim.

 Penyudahnya dalam perjalanan balik ke rumah sebelum senja, Khalish dan Ilhan terlelap di dalam kereta...















6 comments:

  1. kat tesco ada kat jusco ada kat giant pun ada

    ReplyDelete
  2. Cikgu Iman,

    salah satu lokasi tu lah..heheh..

    ReplyDelete
  3. alahai... penat main tido... pastu bangun tido main lagi... ;p

    ReplyDelete
  4. hahaha....yabang pun selalu mrah nik...sbb pandai2 tabur janji..walaupun sufiyyah bb lagi...

    tapiyabang lagi teruk..janji die dekat sufiyyah..kalau sufiyyah behave taknanes..cukup time sufiyyah tido...minum susu dgn jayanya..weekend nak bawak pi jalan...habeh..bile kala ummi nak kemas rumah?..hohohoho

    ReplyDelete
  5. Maria,

    biasalah tu budak2..heheh

    ReplyDelete
  6. Nik,

    kemas rumah asal sempat jela..hhehe, nanti Sufiyyah dah pakai 'mengemas', lagi huru-hara..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails