Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, October 4, 2011

Membeli nombor ekor di bank

Semalam selepas makan tengah hari, rakan sepejabat Bapak mengajak menemannya ke sebuah bank yang terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh untuk menunaikan ceknya.

Sebaik sampai ke bank itu, beliau terus mengambil nombor giliran sambil Bapak mengambil kesempatan berurusan dengan mesin ATM..

Oleh kerana gilirannya masih panjang, Bapak berpusing-pusing di dalam bank tersebut sambil membaca beberapa risalah pembankan.

Di satu sudut Bapak perhatikan peel seorang lelaki. Dalam lingkungan 40-an rasanya. Suaranya lantang sedang berbual-bual dalam bahasa Tamil yang diselangi bahasa Inggeris dan Melayu.

Pelanggan lain tidak memperdulikan dia, mungkin sedang berbual menerusi telefon bimbit dengan menggunakan bluetooth tapi di telinga tak nampak pula gajet tersebut...

"Aku rasa ada tak kena dengan mamat yang duduk depan sekali tu.Kita tunggu je apa yang akan jadi," kata Bapak kepada rakan sepejabat Bapak.

Tak lama kemudian, nombor giliran lelaki itu tertera dan dia segera berlari menuju ke kaunter. Sampai di tengah jalan dia berhenti seraya berkata mahu ke kaunter 8 (sedangkan bank itu cuma ada 4 kaunter dengan 2 kaunter sahaja beroperasi...)

Sampai di kaunter no 2, dia dengan lantang memberitahu :

"Kasi nombor ekor!." Terkejut kerani wanita kaunter tersebut dan hampir semua pelanggan di dalam bank itu ketawa serentak.

"Mana ada nombor ekor, sini bank bukan kedai 3D!," balas kerani wanita itu berulang kali kepada lelaki terbabit. Penyataan terakhir sengaja dinyaringkan dengan nada garang bagi menyembunyikan ketakutannya.

"Kalau tak da jual nombor ekor jangan marah-marah," balas lelaki itu beredar sambil mengomel-ngomel dalam bahasa Tamil.

Dalam riuh-riuh tersebut, seorang pelanggan lelaki yang berpakaian baju pak guard memberitahu lelaki terbabit selalu ditemuinya membuat kacau dan meminta sedekah ketika dia bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Yer ker.. yang tadi buat-buat macam lelaki tak wujud kenapa? hehe...Eh, mana polis bantuan bank ini? hehe..
















6 comments:

  1. hahahhaa..nasib baik bukan lelaki gila (ahli syurga) yang pergi kaunter tu dan menjerit " saya nak rompak tempat ni"...hahah =p

    ReplyDelete
  2. Nik,

    bimbang juga kemungkinan tu, nanti x pasal2 kena tembak ngan polis bantuan...

    ReplyDelete
  3. la...org tak betul rupanya...

    ReplyDelete
  4. Mr. Penyu,

    masih drama tu kejap je, kalau dia naik syeikh tak ke haru? heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails