Translate

Sahabat Bapak

Friday, September 23, 2011

Baru merangkak, tangga sudah ditawan

Sejak kelahiran Ilhan, tangga batu yang setinggi 16 tingkat sudah di pagar.

Sering kali juga Khalish membuat taktik membaling bantal busuk dan permainannya  ke arah tangga untuk mempengaruhi ayah dan ibunya membuka pintu pagar itu namun biasanya tidak berjaya.

Bagaimanapun pintu pagar tangga itu akan dibuka pada selepas Subuh dan hampir waktu Maghrib untuk kemudahan Khalish.

Pagar dibuka pada awal pagi untuk memudahkan Khalish menjejak Bapak dan Orang Rumah Bapak sebaik bangun tidur, jika tidak dia akan melalak sakan sampai ayah dan ibunya di depan mata.

Waktu Maghrib pula untuk membolehkan dia solat jemaah bersama-sama. Bukan betul-betul, berlatih sahaja.

Dengan berkopiah dan sejadah dia dibentangkan di saf belakang, Khalish akan meniru gerak dan bacaan solat (sujud masih tak lepas, asyik jadi posisi berbaring pula..heheh)

Ilhan pula sejak berlatih berdiri ini sudah pandai memegang pintu pagar tangga sambil mengoyang-goyangkannya tapi setakat itu sahajalah...heheh..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa hari lalu seperti biasa selepas Subuh, Bapak membuka pintu pagar tangga. Khalish dan Ilhan bangun awal dan pagi-pagi mahu menonton VCD Upin Ipin di ruang tamu sambil pintu pagar dibiarkan ternganga. Orang Rumah Bapak sedang sibuk memasak sarapan di dapur.
  Bapak naik semula ke bilik tingkat atas untuk bersiap ke tempat kerja. Sedang bersiap, Bapak terdengar bunyi tapak kaki melangkah setapak demi setapak anak tangga. Ingatkan Khalish rupa-rupanya Ilhan!

Dia yang baru tahu merangkak dan berlatih berdiri tersengih meniti anak tangga ke-10. Orang Rumah Bapak meluru keluar dari dapur dan menjerit dari bawah, Khalish yang sebelum ini sedang ralit menonton tv buat-buat prihatin memarahi adiknya naik tangga senyap-senyap.

Ilhan tak peduli dengan semua reaksi itu dengan selamba meneruskan pendakiannya hingga anak tangga terakhir kemudian tergelak apabila Bapak segera mendukungnya.
 Kejadian hari itu nampak tak beri pengajaran kepada kami, semalam Ilhan yang kini berusia 10 bulan memanjat tangga sekali lagi selepas melihat pintu pagar terbuka. Kali ini lebih yakin namun sebaik sampai ke tingkat atas, dia hendak turun tangga pula dengan cara merangkak, nasib baik cepat-cepat disambar Bapak yang sedia memantau dari awal.

Apa pun selepas ini peraturan membuka pintu pagar tangga akan diperketatkan....


















8 comments:

  1. Cikgu Imanshah,

    lebih berdebar sebenarnya lihat anak kian membesar...

    ReplyDelete
  2. sikit hari nanti anak kami da boleh berjalan,
    semesti tangga kat rumah ni akan dipanjatnya...
    memang kena bersedia nak buat pagar tangga.
    agaknya ada jual kat kedai ke..

    ReplyDelete
  3. kalau bawak ke batu caves ni,sure dia merangkak smp atas ni.hehe

    ReplyDelete
  4. Life Kami,

    pagar tu ada jual di kedai barangan bayi, kalau x silap Jaya Jusco pun ada jual

    ReplyDelete
  5. Mr Penyu,

    kalu bayi sampai atas batu caves dengan merangkak bole masuk malaysia book of records x? hehh...Bapak yakin Ilhan confiden je..hehhe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails