Translate

Sahabat Bapak

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 1432 fasa pertama

Oleh kerana pada tahun ini, Bapak bertugas seawal hari raya ketiga, sambutan Aidilfitri kali ini dibahagikan kepada dua fasa.

Fasa pertama dari dua hari sebelum raya hingga raya kedua di rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya sementara fasa seterusnya bermula esok hingga Jumaat ini di kampung Orang Rumah Bapak di Masjid Tanah.
 

Aidilfitri kali ini kali pertama buat Ilhan dan ketiga bagi Khalish.

Mengikut tradisi keluarga, malam raya lebih mewah dengan makanan berbanding pagi raya sebab menu berbuka puasa  kami ialah hidangan panas-panas seperti rendang, lemang dan ketupat yang sepatutnya dirasai pada pagi 1 Syawal.

Atas permintaan adik bongsu Bapak, Mira, Orang Rumah Bapak juga menambah menu Syawal dengan kek keju oreo yang menjadi kegemaran Khalish.

Sebelum raya, mereka dibelikan kopiah untuk dipakai pada pagi Aidilfitri. Masa cuba acu di kedai, Khalish tak berapa berkenan kepalanya dipakaikan kopiah. Cepat-cepat mencabutnya dan kopiah itu dibaling tapi pada pagi raya, situasi terbalik. Ilhan pula yang meragam, Khalish rilek sahaja beraksi dengan kopiah rayanya.
Selepas solat sunat Aidilfitri, kami bersalaman dan bermaafan seluruh keluarga sebelum rumah saudara dan jiran terdekat.








2 comments:

  1. Khalish saje je malam tu... pagi raya bila tengok semua org pakai kopiah dia pun nak la pakai... ;p

    Selamat Hari Raya Bapak...

    ReplyDelete
  2. Maria,

    Khalish memang suka buat 'drama', Ilhan pun dah belajar skt2..heheh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails